Judul : Guru ditahan miliki mercun, bunga api
link : Guru ditahan miliki mercun, bunga api
Guru ditahan miliki mercun, bunga api
BESUT: Seorang guru berusia 34 tahun ditahan bersama pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM10,000.Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang, di sini kira-kira jam 2.30 pagi ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui 32 jenis mercun dan bunga api."Suspek yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di daerah Besut dipercayai mendapat bekalan melalui orang tengah yang membawa masuk mercun dan bunga api berkenaan dari negara jiran," katanya.
Mohd Zamri berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu disahkan negatif dadah.
Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Bahan Letupan 1957.
Sumber Guru ditahan miliki mercun, bunga api
Demikianlah Artikel Guru ditahan miliki mercun, bunga api
Sekianlah artikel Guru ditahan miliki mercun, bunga api kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.