Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM

Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM
link : Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM

Baca juga


Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menyerahkan kepada 35 persatuan sukan kebangsaan untuk membuat keputusan terbaik pada pemilihan pucuk pimpinan baharu Majlis Olimpik Malaysia, Sabtu ini.

Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) itu menegaskan, beliau bersedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat oleh perwakilan 35 persatuan berkenaan yang akan mengundi untuk menentukan barisan pimpinan baharu MOM bagi penggal 2018-2021.

Abdul Azim, bakal dicabar Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin bagi jawatan Timbalan Presiden MOM.

"Saya serahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat, begitu juga dengan rakan saya, Datuk Megat kerana dua-dua pun ada kebolehan, pengalaman.

"Saya sendiri telah berhubung dengan beberapa perwakilan untuk minta sokongan dan nampak reaksi mereka okey tetapi dalam apa juga pemilihan mesti ada yang menang dan kalah," kata Abdul Azim ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan semasa sidang media di Bangunan ISN, di sini, hari ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sah menang jawatan Presiden MOM selepas menang tanpa bertanding apabila menjadi calon tunggal untuk jawatan itu.

Beliau menggantikan Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan yang disandang selama 20 tahun.

Penyandang jawatan Setiausaha Agung, Datuk Low Beng Choo bakal dicabar Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Lima jawatan Naib Presiden pula menyaksikan pertandingan antara sembilan calon, termasuk tiga penyandang - Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, Datuk Paduka Mumtaz Jaffar dan Datuk Ong Poh Eng. -- Bernama



Sumber Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM


Demikianlah Artikel Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM

Sekianlah artikel Abdul Azim serah kepada 35 persatuan sukan kebangsaan buat pemilihan MOM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: