Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa

Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa
link : Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa

Baca juga


Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa

Pasangan suami isteri dituduh memperdagang pembantu mereka yang berusia 26 tahun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Yusof Mat IsaPasangan suami isteri dituduh memperdagang pembantu mereka yang berusia 26 tahun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 21 Mac — Sepasang suami isteri didakwa hari ini atas pertuduhan memperdagangkan pembantu rumah mereka untuk kerja paksa dengan menggunakan kekerasan.

Fong Yik Cheat @ Fong Siang Chin, 46, dan suaminya Cheng Ming Soon, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pasangan itu didakwa bersama-sama telah memperdagangkan mangsa berusia 26 tahun itu bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan cara kekerasan di sebuah rumah di Desa Park City, Kepong, Sentul, di sini pada 1.20 tengah hari, antara 17 September 2013 dan 21 Februari lepas.

Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan kepada pasangan itu iaitu pasport perlu diserah kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis.

Peguam Datuk B Jayanthi Devi yang mewakili pasangan itu memohon mahkamah membenarkan jaminan dan mencadangkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.

Azura membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri di balai polis berhampiran kediaman setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Jawa Timur dikurung di rumah majikannya dan perkara itu diketahui jiran yang kemudian membuat laporan polis. — Bernama



Sumber Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa


Demikianlah Artikel Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa

Sekianlah artikel Suami isteri dituduh dagang amah, buat kerja paksa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.