Judul : 'Sampai sini saja jodoh kami' - Intan sebak diceraikan Ude dengan talak 1
link : 'Sampai sini saja jodoh kami' - Intan sebak diceraikan Ude dengan talak 1
'Sampai sini saja jodoh kami' - Intan sebak diceraikan Ude dengan talak 1

Suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Intan Liana Saleh pada pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, lapor mStar Online.
Rumah tangga yang telah dibina selama lima tahun itu berakhir apabila Ude, 30, melafazkan talak satu terhadap Intan, 33, pada jam 9.50 pagi di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin dan mahkamah menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah dan memerintah Intan untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.
Sebelum itu, pasangan itu diperintah untuk bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Ude melafazkan cerai terhadap Intan yang menangis ketika bersalaman dengan Ude.
Ude hadir ke mahkamah pada jam 9.04 pagi bersama dengan peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, manakala Intan hadir bersama keluarga dan peguamnya Suriany Awaludin.
Dalam laporan Berita Harian, Intan redha dengan takdir yang telah ditentukanNya.
"Saya reda dengan takdir yang Allah tentukan, sampai sini saja jodoh kami," luahnya dalam nada sebak sebaik keluar dari mahkamah.
30 November lalu, Ude memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Intan dengan alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahamannya di antara mereka selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.
Pada bulan yang sama juga, Izreen mendedahkan dia sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos lalu secara tertutup dan dirahsiakan atas permintaan Ude.

Pada November lalu, Izreen yang mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar, 5, mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Sumber 'Sampai sini saja jodoh kami' - Intan sebak diceraikan Ude dengan talak 1
Demikianlah Artikel 'Sampai sini saja jodoh kami' - Intan sebak diceraikan Ude dengan talak 1
Sekianlah artikel 'Sampai sini saja jodoh kami' - Intan sebak diceraikan Ude dengan talak 1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.