Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan

Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan
link : Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan

Baca juga


Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan

KOTA BHARU: Pengurangan hukuman denda kerana lewat dan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan musim 2018, membantu mengurangkan tekanan kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan yang dibuat Malaysia Football League (MFL) itu penting untuk persatuan berkenaan melakukan perancangan sepanjang musim ini dalam keadaan kekangan kewangan.

"Ia sangat membantu kami kerana terlalu banyak dana diperlukan bagi membayar hutang sedi ada dan untuk menguruskan persatuan, bantuan-bantuan yang kita terima tidak banyak," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam pada Isnin dilaporkan berkata jumlah denda itu dikurangkan selepas 10 pasukan terbabit terdiri daripada empat pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Premier membuat rayuan pengurangan hukuman dalam tempoh 14 hari, selepas pemakluman hukuman dibuat.

Bagi denda melibatkan pasukan Liga Super, hukuman dikurangkan daripada RM1.5 juta kepada RM500,000 sementara hukuman denda pasukan Liga Premier dikurangkan daripada RM500,000 kepada RM200,000.

Bibi Ramjani berkata pihaknya berterima kasih kepada MFL yang mengurangkan hukuman tersebut dan akan terus berusaha sebaik mungkin bagi memperkasa aspek pengurusan untuk mengelak kesilapan pada masa akan datang.

BACA: Hukuman denda bagi pasukan Liga M dikurangkan

Sementara itu, beliau berkata jasa dan pengorbanan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembangunan bola sepak negara ketika menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya dihargai dan masih diperlukan.

"Walaupun tidak lama menjadi pemimpin FAM, Tunku Ismail banyak melakukan perubahan kepada pembangunan bola sepak tanah air sama ada dalam aspek pengurusan persatuan dan sebagainya.

"Secara peribadi, walaupun saya baru terlibat dengan pengurusan sukan ini, saya amat berterima kasih kepada Tunku Ismail berikutan memberikan sedikit sebanyak idea bagi memperkasa pengurusan KAFA," katanya.

Semalam, Tunku Ismail mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM.

-- BERNAMA



Sumber Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan


Demikianlah Artikel Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan

Sekianlah artikel Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: