KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil

KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil
link : KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil

Baca juga


KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan meletakkan seorang guru sukan khas di setiap 523 buah sekolah Tamil di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata cadangan itu bertujuan melahirkan modal insan yang bertaraf antarabangsa dalam bidang sukan.

"Bagi menjadikan dasar 1Murid 1Sukan lebih relevan, kita perlukan guru sukan khas di setiap sekolah untuk membantu pelajar supaya arif dalam sukan, bukan sahaja daripada segi aktiviti tetapi juga mempunyai pengetahuan luas mengenai sukan.

"Perlu ada seorang guru hari ini untuk memberitahu murid minggu depan akan berlangsung Sukan Komanwel. Kita perlukan seorang guru sukan khas yang arif tentang berita dan perkembangan sukan," katanya ketika berucap pada program penyampaian peralatan sukan kepada sekolah Tamil di Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sentul, pada Isnin.

Katanya KBS bersedia memberi khidmat logistik dan latihan khas untuk para guru sekiranya pihak Kementerian Pendidikan bersedia mengenal pasti guru-guru sukan khas tersebut.

Dalam pada itu, sebanyak 15 sekolah Tamil di Wilayah Persekutuan menerima bantuan peralatan sukan melalui program bantuan anjuran Biro Sukan Pemuda MIC Kebangsaan dengan kerjasama KBS.

Ketua Biro berkenaan Andrew David berkata pihaknya mendapati pelajar sekolah Tamil agak terpinggir dalam bidang sukan dan melalui inisiatif itu diharap dapat membantu mereka menanam semangat kesukanan di samping berkecimpung dalam bidang tersebut.

"Ini merupakan projek perintis dan akan diperluas ke negeri-negeri lain. Diharapkan pemimpin di negeri-negeri lain akan menyokong program ini dan menyumbangkan peralatan sukan,” katanya.

David berkata sumbangan bagi setiap sekolah bernilai kira-kira RM1,300 dan disumbangkan oleh orang persendirian.

SJKT yang terlibat ialah SJKT Appar, SJKT Cheras, SJKT Jalan Bangsar, SJKT Jalan Fletcher, SJKT Jalan San Peng, SJKT Kampung Pandan, SJKT Ladang Bukit Jalil, SJKT Ladang Edinburgh, SJKT Saraswathy, SJKT Segambut, SJKT Sentul, SJKT St.Joseph, SJKT Sungai Besi, SJKT Thamboosamy Pillai dan SJKT Vivekananda.

-- BERNAMA



Sumber KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil


Demikianlah Artikel KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil

Sekianlah artikel KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: