Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman

Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman
link : Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman

Baca juga


Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman

Enam individu termasuk dua bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman kes penjualan tanah di Ijok, Selangor. — Foto BernamaEnam individu termasuk dua bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman kes penjualan tanah di Ijok, Selangor. — Foto BernamaPUTRAJAYA 21 Mac — Dua lelaki yang bergelar Datuk merupakan antara enam individu yang direman empat hari untuk membantu siasatan kes penjualan tanah milik kerajaan di Ijok, Selangor hari ini.

Antara yang direman ialah bapa dan anak lelakinya.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini untuk menyiasat keenam-enam individu itu sehingga 24 Mac ini.

Kesemua individu yang berumur antara 34 dan 84 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Mereka ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Ibu Pejabat SPRM di sini antara pukul 12.45 tengah hari dan 4 petang semalam.

Mereka dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman itu kira-kira 9 pagi dengan baju lokap SPRM dan bergari.

Penjualan tanah itu mencetuskan kontroversi dan menimbulkan persoalan pelbagai pihak termasuk peneroka.

Semalam, ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat.

Beliau berkata SPRM kini juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk yang dipercayai berada di luar negara dan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kes sama.

Pasukan penyiasat juga telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan. — Bernama



Sumber Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman


Demikianlah Artikel Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman

Sekianlah artikel Jual tanah di Ijok, dua Datuk antara enam orang direman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.