Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis

Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis
link : Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis

Baca juga


Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis

Polis Pahang menahan suspek yang didakwa ‘menjual’ empat unit rumah PR1MA yang tidak wujud. — Paparan skrin GooglePolis Pahang menahan suspek yang didakwa ‘menjual’ empat unit rumah PR1MA yang tidak wujud. — Paparan skrin GoogleKUANTAN, 15 Mac — Seorang peneroka mengalami kerugian RM31,000 setelah ditawarkan  membeli empat unit rumah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) yang tidak wujud oleh seorang lelaki dalam kejadian pada 2 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 53 tahun mendakwa telah dihubungi  seorang lelaki mendakwa mempunyai syarikat perumahan dan menawarkan pakej Rumah PR1MA dengan harga RM100,000 bagi sebuah rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata tertarik dengan tawaran itu mangsa telah bersetuju membeli empat rumah iaitu dua unit di Kuala Krau manakala dua unit lagi di Anak Bukit, Kedah dengan membuat bayaran RM7,500 untuk tujuan pengurusan dan peguam.

“Mangsa kemudian telah membuat penambahan bayaran hingga mencecah  RM31,000 bagi empat unit rumah PR1MA itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Teruja dengan perkara tersebut, katanya mangsa telah menghubungi anaknya yang menetap di Kedah untuk bertanyakan tentang kedudukan rumah PR1MA yang ditempah itu, namun diberitahu bahawa ia tidak wujud.

Wazir berkata menyedari dia ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis.

Berdasarkan siasatan, polis berjaya mengesan sebelum menahan suspek yang berumur 29 tahun di hadapan sebuah restoran Desa Murni, Temerloh pada 5 petang semalam.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa dokumen perjanjian jual beli rumah serta cek yang bernilai ratusan ribu, dipercayai milik beberapa lagi mangsa.

Suspek kini direman hingga 18 Mac depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. — Bernama



Sumber Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis


Demikianlah Artikel Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis

Sekianlah artikel Beli rumah PR1MA tidak wujud, peneroka lapor polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.