Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama

Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama
link : Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama

Baca juga


Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama

PENYANYI terkenal, Tomok mengakui rindu untuk kembali beraksi di depan kamera sebagai pelakon.

Bagaimanapun ujar lelaki berusia 34 tahun ini, tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarga membatasi masanya untuk kembali ke set penggambaran.

"Tidak dinafikan saya dah lama tak berlakon dan ada beberapa tawaran yang datang terpaksa saya tolak.

"Buat masa ini memang agak sukar untuk saya terima kerana saya dan isteri uruskan anak bersama dan kebetulan Arrian sudah pun bersekolah. Jadi saya perlu ambil dan hantarnya ke sekolah dan masa agak terhad.

"Bagaimanapun sekiranya ada tawaran yang betul-betul akan memberi impak, saya bersedia untuk menimbangkan tawaran tersebut. Tidak dinafikan saya rindu, sebab dah lama sangat tak berlakon," katanya yang kali terakhir muncul menerusi telefilem Cupcake Mama pada 2014.

Berkongsi perkembangan terkininya, Tomok berkata, dia kini dalam proses perbincangan dan pembikinan album solo ketiganya.

"Saya baru sahaja berbincang dengan Aubrey Suwito mengenai konsep dan lagu yang akan dimuatkan di dalam album kali ini.

"Apa yang pasti saya serahkan kepadanya bagaimana konsep album ini nanti, tapi apa yang pasti akan ada 10 lagu dan saya juga akan tampil dengan kelainan," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan filem Konsert Hora Horey Didi And Friends.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam filem animasi terbitan Digital Durian yang disiarkan bermula 10 Mac lepas, pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkata, dia tidak berfikir panjang sebelum menerima tawaran itu.

"Saya menjadi satu-satu watak yang realiti di dalam filem berkenaan dan bila dah bergelar ayah, animasi Didi & Friends ini bukan asing buat saya.

"Malah ketika proses pembikinan, saya tidak ambil masa untuk merakam lagu tetapi proses penggambaran sedikit mencabar kerana saya perlu beraksi di depan layar hijau dan membayangkan Didi, Nana dan Jojo ada bersama saya.

"Lucunya ketika kali pertama membawa Arrian ke studio Digital Durian, dia memarahi saya kerana tidak ajaknya untuk berlakon sama di dalam filem ini," ujar bapa kepada Arrian Shah Akid, 6, dan Andrashah Iman, 4 tahun.



Sumber Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama


Demikianlah Artikel Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama

Sekianlah artikel Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.