Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung.

Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung. - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung.
link : Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung.

Baca juga


Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung.

“SAYA NI MMG GILA PERGI SEMINAR. PANTANG NAMPAK IKLAN SEMINAR, SAYA MESTI DAFTAR. TP FIKIRAN MAKIN BUNTU, BISNES MKN ‘DOWN’, SALES NK DPT RM5K SEBULAN PUN SUSAH. SAMPAILAH SAYA DAFTAR SEMINAR #MARKETINGLUARBIASA BULAN 8, SEGALANYA BERUBAH…”

Assalamualaikum, saya Puan Haslina binti Ismail, merupakan founder kepada pakaian jenama muslimah By Arianna.

Kami beroperasi di Puchong Selangor dan menjual pakaian muslimah. Pada awalnya saya bekerja makan gaji selama 8 tahun di YTL Corporation Berhad berkaitan IT & Website.

Pada 2015 saya tekad untuk berhenti sebab anak sulung nak masuk darjah satu. Ketika mula berhenti saya tidak pernah terfikir untuk buat bisnes.

BISNES PERTAMA, JUAL KARIPAP DENGAN KOS MODAL RM20,000. TAPI…

Bisnes pertama saya adalah bisnes buat karipap yang menelan kos RM20,000 dengan membeli mesin dan peralatan. Tetapi tak sampai 6 bulan pun, saya terpaksa tutup atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kemudian, lihat pada trend masa itu, dan belum betul sembuh lagi dengan kegagalan lepas, saya buat pula bisnes jual tudung di Instagram.

“SAYA INGAT JUAL SEMUA BARANG, BOLEH NAIKKAN SALES, RUPA-RUPANYA..”

Saya tubuhkan Instagram ByAriana saya mempelbagaikan jenis produk seperti tudung bawal, skirt, jubah, blouse dan lain-lain. Sebab nak dapatkan duit, saya jual apa yang orang jual. Semua benda saya nak jual. Itu fahaman songsang saya pegang dulu. Haha!

Walau jual banyak barang, cabaran saya tetap sama. Barang saya beli tidak boleh nak jual. Mula-mula saya rasa OK, tetapi masih tidak boleh jual. Ketika itu orang lain berlumba-lumba menjual dengan harga murah.

Namun nasib tidak menyebelahi saya, walaupun jual dengan harga kos, tapi jualan tetap begitu. Harga kos pun orang tidak nak beli. Asyik rugi, dahlah saya pinjam duit suami.

“Bertahun-tahun Berniaga Tapi Belum Capai RM50,000 Sebulan?” Saya Lah Tu!

Sehinggalah tak silap saya bulan 7 tahun lepas, saya lihat iklan di Facebook Majalah Niaga. “DAH BERNIAGA LEBIH SETAHUN TETAPI MASIH BELUM CAPAI RM50,000”. Lebih kurang inilah headline saya baca. Zasss, memang terasa kena di batang hidung sendiri. Saya lah tu yang dah berbisnes bertahun-tahun, tapi nak capai sales RM10,000 pun, bukan main susah!

“SAYA MEMANG KAKI JOIN SEMINAR BISNES DARI DAHULU LAGI…”

Satu lagi saya nak cerita..

Saya jenis yang gila pergi seminar. Memang kaki seminar. Haha! Nampak sahaja iklan seminar lalu di Facebook, saya mesti pergi. Dah banyak seminar saya pergi tetapi semuanya menemui jalan buntu. Semua seminar yang saya pergi tidak membantu mengubah masa depan saya.

Habis duit saya melebur begitu sahaja. Saya perasan yang saya jenis orang yang perlu guidance yang berterusan, jika seminar 1 hari sahaja, memang saya lost dan hala tuju bisnes ke laut.

Masa saya terbaca iklan Seminar #MARKETINGLUARBIASA itu, memang rasa terkena dengan diri saya yang gagal dalam menjual disebabkan permainan harga sehingga saya terpaksa jual harga kos.

Masa itu, memang saya tiada duit langsung. Terlalu banyak komitmen dan hutang keliling pinggang. Tetapi saya tekad pinjam duit suami untuk mengubah nasib saya. Saya tekad untuk sertai Seminar #MARKETINGLUARBIASA & bayar RM60 untuk yuran daftar walaupun masa itu saya agak ‘down’.

“Bukan Apa Yang Kita Tahu & Mahu Tapi Apa Yang Pelanggan Mahu Itu Lebih Penting”.

Pengisian yang paling berharga yang masih saya ingat adalah mengenai apa yang market hendak. Ketika itu Tuan Aqil menasihati saya untuk buat survey dalam RM200 untuk buat iklan validation. Validate produk dahulu, baru tahu apa yang kita boleh jual.

Dari Seminar Marketing Luar Biasa juga, saya betulkan mindset saya dengan melihat bisnes tidak akan naik hanya dengan pandai buat sales tetapi tidak pandai urus duit

“DIA HUTANG LEBIH RM1 JUTA BOLEH BANGKIT, KENAPA AKU TAK BOLEH?”

Ketika Seminar Marketing Luar Biasa, ada seorang Protégé iaitu Bro Ku naik ke atas pentas untuk share pengalaman kejatuhan beliau dan terpaksa tanggung rugi lebih RM1 JUTA akibat kesilapan dan Alhamdulillah selepas bertemu Hasbul Brothers, beliau bangkit kembali dengan bisnes baru dan mula bayar hutang sedikit demi sedikit.

Masa itu saya fikir, “Hutang dia RM1 Juta tetapi hutang saya baru ratus ribu baru, kenapa saya tidak boleh.”

Saya nampak ilmu yang ‘totally different’ yang saya belajar di Seminar Marketing Luar Biasa berbanding seminar yang pernah saya hadir before this.

Seminar ini menampakkan jalan cerita yang sebenar seperti saya yang masih duduk dalam keadaan awang-awangan. Content seminar yang mahal, menyentap dan membuka mindset saya untuk terus mendaftar ke program selanjutnya iaitu #THEPROTEGE.

“Balik Je Seminar & Advanced #THEPROTEGE, Saya Terus Buat Homework – Kaji Apa Yang Pelanggan Nak!”

Balik daripada seminar, saya buat keputusan, saya nak tahu apa yang pelanggan nak sekarang, bukan mengikut orang jual. Walaupun saya tidak tahu secara detail bagaimana nak buat soalan tetapi saya dah dapat satu rangka apa yang market nak, bukan terikut-ikut apa yang orang jual.

Mindset saya sebelum ni ,saya hanya fikir nak dapatkan pelanggan baru mesti buat iklan Facebook Ads selalu sedangkan dalam #THEPROTEGE diajar cara menjaga pelanggan setia.

First time saya tahu, Follow up pelanggan, bagi diskaun, bertanya khabar, jaga customer experience, jaga pelanggan yang dah beli 2-3 kali dengan kita, hantar kad raya, hantar kalendar tahun baru, hantar ‘handwritten note’ macam surat cinta kepada pelanggan setia dan lain-lain.

Sebelum ni saya pernah pergi Facebook Ads, hanya ikut teknikal part. Setting mesti begini-begini tetapi yang lain saya abaikan. Sebenarnya setting-setting ini hanya perkara kecil.

Saya belajar banyak perkara seperti teknik copywriting persuasion, Tarik pelanggan dari Google. Sangat menjadi bila saya praktikkan dalam bisnes saya. Dari basic to advanced.

“3 Bulan Pertama Selepas Join THE PROTÉGÉ, Saya Terpaksa Pinjam Duit Suami Untuk Mula Kembali..”

3 bulan pertama, balik dari kelas saya yakinkan suami saya untuk pinjam duit dia lagi tetapi saya berjanji dalam masa sebulan saya akan pulangkan duit dia kembali.

Selepas itu saya berjaya menjual 40 pasang baju kurung habis dijual dalam masa 1 minggu. Sebelum tu berbulan-bulan hendak habiskan jualan seperti ini. Dapat jual dua pasang sehari pun saya rasa seronok sebab lepas isi minyak kereta tetapi tidak dapat membayar hutang lain.

“Sales Naik Ke RM10,000, RM15,000 DAN RM25,000 Selepas Join Seminar #MARKETINGLUARBIASA & ADVANCED #THEPROTEGE”.

Sales saya naik daripada RM10,000 bulan pertama, meningkat RM15,000 bulan kedua dan RM25,000 pada bulan ketiga. Saya fokus hanya buat baju kurung setelah tahu kehendak pelanggan. Sebelum saya join The Protoge hanya dapat sales RM 5,000. Itu pun habis penat lelah dan memang susah nak survive.

“DARI SALES RM5,000 SEBULAN KEPADA JUALAN RM17X,000 DALAM TEMPOH KURANG 1 TAHUN SELEPAS SERTAI PROGRAM THE PROTEGE..”

Saya tidak sangka, pencapaian paling tinggi ketika raya tahun 2017 (tahun ini) yang mencapai RM17X,000. Orang kata selepas raya, sales bisnes fesyen menurun tapi Alhamdulillah, momentum sales selepas raya masih boleh capai RM110,000.

Jika dahulu semua kerja bisnes saya buat, daripada ambik order sehinggalah peringkat akhir proses jualan semuanya saya lakukan sendiri. Bak kata tuan Aqill, jadi CEO. Chief Everything Officer.

Namun Alhamdulillah, kini saya mampu mengaji pekerja. Saya ambik staff yang boleh buat sales RM40,000 dan paling tinggi dapat buat RM80,000. Alhamdulillah Allah temukan staff yang baik untuk saya.

Mungkin, jika saya tidak pergi Seminar Marketing Luar Biasa dan The Protoge saya masih ditakuk yang lama dan barangkali saya terikat dengan hutang keliling pinggang. Jika saya tidak ambik tindakan selepas belajar dengan Tuan Aqil dan Tuan Ariff mungkin saya tidak akan nampak jalan seperti sekarang.

“Nasihat Saya..Pilih Mentor Yang Boleh Beri Guide Berterusan. Bukan One-Time Sekali Sahaja”.

Nasihat saya, pertama mentor sangat penting dalam membina bisnes supaya kita tidak tersasar di jalan yang salah. Dengan ada mentor, kita boleh elak dari langgar dinding berkali-kali dan bayar cukai kebodohan tinggi.

Paling terpenting, cari mentor yang boleh beri rujukan dan guide berterusan. Bisnes adalah proses. Tak cukup hanya kelas advanced 2-3 hari sahaja.

Kedua, kena berani ambik staff. Jangan takut untuk tidak mampu bayar gaji pekerja. Sebenarnya gaji pekerja dibayar sendiri oleh pekerja kerana mereka membantu dapatkan sales. Cara untuk mengambil pekerja juga diajar.

Ketiga, sebelum ini duit bisnes adalah duit saya. Duit saya adalah duit bisnes. Sekarang ini saya telah asingkan duit bisnes dan duit peribadi. Elak dari jadi perompak pada bisnes sendiri.

Seminar #MARKETINGLUARBIASA & ADVANCED #THEPROTEGE ini sangat berbaloi untuk dihadiri kerana saya sendiri yang tiada apa-apa, hutang keliling pinggang , buat bisnes itu ini tapi boleh bangkit dan capai sales 6 angka sebulan.

Suami saya yang sebelum ini bergaji tinggi mampu lepaskan sementara setelah nampak masa depan dengan bisnes. Jika kita jumpa rentak, kita pasti mudah untuk ikut rentak tersebut.

Bagusnya The Protoge kita akan ada group yang sentiasa beri sokongan antara satu sama lain. Dah jadi satu family yang sentiasa berkongsi ilmu. Dan paling hebat dan wow, di #THEPROTEGE, saya boleh akses selama 1 tahun bersama Hasbul Brothers, melalui Monthly Mastermind dan Sesi Private Coaching.

Akhir sekali, terima kasih kepada tuan Hasbul Aqill & Hasbul Ariff kerana perkenalkan Seminar #MARKETINGLUARBIASA & #THEPROTEGE. Jika Allah tak mengizinkan saya kenal tuan berdua, mungkin saya masih lagi di takuk sama.



Sumber Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung.


Demikianlah Artikel Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung.

Sekianlah artikel Daripada Hutang Kelililng Pinggang Kini Menjadi Usahawan Berjaya: Ketahui Kisah Bagaimana Wanita Ini Jana Jualan Sehingga RM170K Dengan Hanya Menjual Baju Kurung. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: