Judul : “Ayah paksa saya bertudung tapi bila keluar rumah saya buka tudung. Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu pakai tudung” – Isteri Aliff Syukri
link : “Ayah paksa saya bertudung tapi bila keluar rumah saya buka tudung. Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu pakai tudung” – Isteri Aliff Syukri
“Ayah paksa saya bertudung tapi bila keluar rumah saya buka tudung. Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu pakai tudung” – Isteri Aliff Syukri
Dalam setiap kejayaan lelaki, pasti ada seorang wanita yang menjadi tulang belakangnya. Bergelar isteri kepada usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida sentiasa tampil sederhana.
Memiliki rupa paras yang lembut, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri sentiasa menjadi perhatian ramai dengan gaya tudungnya yang ringkas.
Baru-baru ini, Shahida kongsikan kisahnya ketika mula berhijab dan pernah menipu bapanya ketika dibangku sekolah.
Katanya lagi, bertudung bukan perkara yang boleh dipaksa dan ia perlu hadir dengan keikhlasan.
“Bertudung ini tidak boleh paksa, ia datang daripada hati kita. Dulu ayah saya paksa saya untuk bertudung, sewaktu sekolah rendah. Saya pakai, tetapi bila keluar rumah saya akan buka tudung.
“Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu memakai tudung. Tapi sampailah satu tahap tiba masa untuk pakai tudung. Jadi terbukri ianya tidak boleh dipaksa dan datang dari hati,” jelasnya kepada Media Hiburan.
Jelas Shahida lagi, dia juga tidak akan memaksa anak perempuannya yang masih kecil kerana dia ingin anaknya belajar perlahan-lahan tentang bertudung.
Sumber: Roti Kaya
Sumber “Ayah paksa saya bertudung tapi bila keluar rumah saya buka tudung. Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu pakai tudung” – Isteri Aliff Syukri