Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna?

Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna?
link : Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna?

Baca juga


Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna?

Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna?
Obesiti menjadi ‘mimpi ngeri’ buat semua masyarakat biarpun tabiat pemakanan harian tidak dikawal dan aktiviti senaman yang mengeluarkan peluh agak kurang dilakukan.

Berdasarkan kajian terkini, hampir 3.5 juta rakyat Malaysia dikesan menghidapi diabetis manakala hampir 39 peratus didapati mempunyai masalah berat berlebihan.

Bagi mengatasi masalah itu, pengeluar alat kecergasan dan ‘wearable’ nombor satu di dunia, Fitbit mula membawa masuk jam pintar terbaru mereka iaitu Fitbit Ionic!

Memfokuskan fungsi kecergasan, jam terbaru ini mempunyai jangka hayat bateri sehingga lima hari dengan ciri Fitbit Coach dan alat Sistem Kedudukan Global (GPS) terbina dalam.

Bagi anda yang berazam untuk menjalani kehidupan yang sihat pada tahun ini dan perlukan peranti serba canggih, ini lima perkara yang anda perlu tahu!
 
1. PANTAU AKTIVITI KECERGASAN ANDA

Rekaan kemas Fitbit Ionic
Peranti terbaru ini membawa tahap kecergasan anda ke tahap lebih tinggi apabila dilengkapi GPS, GLONASS dan Sensor SpO2 di dalamnya.

Bagi GPS dan GLONASS, ia bermaksud anda boleh merekod jarak aktiviti senaman anda dengan lebih tepat dengan ‘real-time’.

Bagi Sensor SpO2 pula digunakan untuk mengesan kadar oksigen di dalam darah, sekali gus membolehkan peranti ini mengesan kadar tidur anda.

Anda juga boleh meningkatkan rutin kecergasan anda dengan panduan daripada peranti ini. Antaranya senaman 7 minit atau 10 minit senaman perut dan dada.

Selain itu peranti ini juga dilengkapi pengesan degupan jantung dan keupayaan kalis air bagi kedalaman hingga 50 meter.
 
2. KETAHANAN BATERI HINGGA LIMA HARI

Satu daripada elemen penting dalam memilih jam pintar yang memfokuskan kecergasan adalah tempoh ketahanan baterinya. Fitbit Ionic antara yang menjanjikan ketahanan dengan keupayaan bateri selama lima hari!

Bagi anda yang aktif tidaklah terlalu bimbang untuk sentiasa mengecas jam pintar.

Malah, ketahanan selama lima hari ini agak mengagumkan memandangkan jam pintar lain selalunya hanya mampu bertahan kurang daripada tiga hari.
 
3. SIMPAN LEBIH 300 LAGU DALAM JAM PINTAR ANDA

Mampu bertahan hingga kedalaman 50 meter.
Antara fungsi yang menarik perhatian adalah keupayaan peranti ini menyimpan lagu untuk anda yang gemar mendengar muzik ketika bersenam. Dengan lebih 300 lagu yang boleh disimpan, anda juga boleh memuat turut daripada penstriman muzik Pandora.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hubungkan Ionic dengan 'headphone bluetooth' dan terus boleh layan muzik kegemaran.
 
4. BAYAR GUNA JAM

Menurut Ketua Pemasaran Produk Fitbit, Alexander Healy, antara fungsi baru dibawa masuk pada peranti Ionic ini adalah penggunaan bayaran elektronik menggunakan fungsi Near Field Communication (NFC).
 
Sama seperti pengunaan menerusi telefon pintar, anda juga boleh bayar dengan hanya mendekatkan jam kepada alat pembayaran yang menyokong debit secara NFC.
 
5. BERSENAM SAMBIL BERGAYA

Pegawai perubatan ‘sado’ Dr. Shazril Shaharuddin dan jurulatih peribadi Joanna Soh antara yang memeriahkan majlis pelancaran Fitbit Ionic.
Siapa kata jam pintar yang berasaskan kecergasan tidak boleh nampak menarik? Ini terbukti apabila Fitbit Ionik menawarkan beberapa pilihan tali jam atau ‘band’ yang mampu ditukar mengikut kesesuaian anda.
 
Selain itu anda juga boleh menukar ‘watch face’ atau visual jam anda kepada lebih 10 pilihan yang berbeza dan eksklusif untuk model Ionic.

FitBit Ionic telah pun mula dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,399.

Selain itu, Fitbit turut menawarkan Fitbit Flyer iaitu ‘headphone’ tanpa wayar kalis air berharga RM590 dan Fitbit Aria 2 iaitu penimbang berat badan pintar berharga RM620. 
 
Fitbit Flyer turut dijual untuk pasaran Malaysia.
 



Sumber Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna?


Demikianlah Artikel Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna?

Sekianlah artikel Plug-In: Fitbit Ionic, Jam Pintar Kecergasan Paling Sempurna? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: