Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami

Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami
link : Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami

Baca juga


Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami

Selebriti, cef juga usahawan berjaya, Datuk Fazley Yaacob merancang untuk membuka kelas memasak buat kaum lelaki terutama yang bergelar suami.

Menurut Fazley, 39, idea mahu mengadakan kelas tersebut bertujuan berkongsi kemahiran memasak yang dimilikinya serta ilmu pengetahuan dalam bidang kulinari.

Selain itu, pemilik jenama Suka Sucre ini juga mahu mengubah persepsi masyarakat kita yang beranggapan tugas memasak adalah tanggungjawab isteri semata-mata.

"Rata-rata orang beranggapan tugas isteri selain menjaga anak-anak mereka perlu memasak di rumah.

"Tetapi mereka keliru antara syariat dan adat di mana tugas memasak adalah tanggungjawab suami. Isteri jaga anak-anak.

"Jadi saya rasa, mentaliti itu perlu diubah", katanya ketika ditemui sewaktu program Coconut Shake Hunt yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Sementara itu, duta King's Ice Cream itu turut dalam perancangan mahu meluaskan lagi empayar jenamanya dengan membuka sekolah kulinari dalam tahun ini.

Berkongsi lanjut mengenai projek tersebut, bapa kepada empat cahaya mata ini berkata dia mahu merealisasikan impian anak-anak muda yang mempunyai minat dalam dunia masakan namun tidak dapat meneruskan pengajian kerana kurang berkelayakkan dari segi keputusan akademi.

"Selama bergelar cef dan sering mengadakan jelajah serta demonstrasi masakan di merata tempat, saya melihat ramai belia yang boleh memasak cuma mereka tidak dapat meneruskan pengajian dalam jurusan bidang ini kerana kurang layak dari segi akademik.

"Jadi saya terpanggil untuk menubuhkan sekolah ini untuk membuka peluang kepada mereka. Disamping saya mahu menaiktaraf kemahiran memasak.

"Saya akan berkolaborasi dengan beberapa cef terkenal tanah air dan mereka bertindak sebagai tenaga pengajar, "tuturnya.

Biarpun sibuk dengan jadual kerja yang padat, Fazley turut merancang projek kebajikan khas untuk anak-anak yatim pelbagai kaum.

"Satu lagi, saya sedang merancang projek khas untuk anak-anak yatim dan ia akan laksanakan sebelum bulan puasa ini.

"Saya mahu beri peluang kepada anak yatim tanpa mengira bangsa, bawa mereka nikmati makanan di restoran bertaraf lima bintang di hotel lima bintang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fazley bakal merakamkan single baharu dalam bahasa Mandarin sebelum ketibaan perayaan Tahun Baru Cina. Video muzik bagi lagu berjudul Cinta Seluas Lautan dalam bahasa Melayu itu pula bakal menjalani penggambaran di Taiwan tidak lama lagi.



Sumber Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami


Demikianlah Artikel Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami

Sekianlah artikel Fazley Tawar Kelas Memasak Untuk Para Suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: