Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh

Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh
link : Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh

Baca juga


Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh

Kim Jong-nam mati dibunuh di klia2 pada 13 Februari lalu. — Foto ReutersKim Jong-nam mati dibunuh di klia2 pada 13 Februari lalu. — Foto ReutersSHAH ALAM, 29 Jan — Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara bertemu seorang perisik warga Amerika Syarikat, lima hari sebelum ditemui mati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Pegawai Penyiasat ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, berkata perjumpaan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Langkawi pada 9 Feb 2017, namun motif perjumpaan tidak dapat dipastikan.

Pertemuan itu dicadangkan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah, 26,  ketika menyoal balas Wan Azirul Nizam pada perbicaraan hari ke-27 kes Siti Aisyah dan Doan Thi Huong , 29, yang didakwa  bersama-sama empat lelaki yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Klia2 pada 9 pagi, 13 Feb tahun lalu.

Menjawab cadangan Gooi, saksi ke-9 itu bersetuju bahawa terdapat pertemuan di antara Kim Chol dengan seorang lelaki, namun polis sehingga kini tidak dapat memastikan identiti lelaki itu, sama ada beliau seorang perisik atau sebaliknya.

Ditanya sama ada lelaki itu masuk ke negara ini pada 6 Feb 2017 iaitu pada hari sama Kim Chol datang ke Malaysia dan pihak polis mengetahui mengenai kehadiran warga Amerika itu, saksi itu menjawab “tidak bersetuju”.

Bagaimanapun, Wan Azirul Nizam berkata, beliau mengarahkan pegawainya pergi ke Langkawi untuk menjalankan siasatan berhubung pertemuan itu, tetapi siasatan tidak dapat memastikan bentuk perbincangan di antara mereka.

Saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa siasatan polis di Langkawi adalah untuk mengetahui mengenai motif pembunuhan Kim Chol.

Bagaimanapun, beliau menafikan cadangan Gooi bahawa pihak polis menyembunyikan maklumat daripada mahkamah berhubung pertemuan berkenaan.

“Saya memerlukan masa untuk menyemak diari siasatan sebelum dikemukakan di mahkamah,” katanya.

Kim Chol yang pulang ke Kuala Lumpur pada 12 Feb 2017, ditemui mati keesokan hari selepas didakwa disapu dengan racun agen saraf VX  di Balai Pelepasan klia2.

Terdahulu,  Hakim Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Gooi untuk memanggil semula saksi pendakwaan kelapan iaitu ketua Makmal Pusat Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia Dr S.Raja , 43, untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Peguam berkenaan membuat permohonan itu mengikut Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah atas alasan terdapat beberapa soalan tambahan yang perlu ditanya kepada saksi berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azmi bersambung esok. — Bernama



Sumber Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh


Demikianlah Artikel Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh

Sekianlah artikel Kim Chol jumpa perisik AS di Langkawi sebelum dibunuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: