Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita

Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita
link : Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita

Baca juga


Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita

SPRM menahan pengarah JPS Perlis dan tiga individu bagi kes rasuah dan salah guna kuasa. — Foto oleh Yusof Mat IsaSPRM menahan pengarah JPS Perlis dan tiga individu bagi kes rasuah dan salah guna kuasa. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 29 Jan — Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis antara tiga individu ditahan hari ini dan akaun bank berjumlah RM2.9 juta disita bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengarah berumur 60 tahun itu dan dua orang pemilik dua buah syarikat berumur 39 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah pejabat SPRM.

Katanya, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan. 

“Pengarah itu disyaki menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan oleh JPS di sebuah negeri kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak tahun 2014 hingga 2017.

“Dua individu yang merupakan pemilik syarikat dipercayai telah bersubahat dengan pengarah tersebut,” kata sumber itu. 

“Dia (pengarah) juga didapati menjalani kehidupan yang mewah hasil wang rasuah yang diterima daripada kontraktor-kontraktor sejak tahun 2014.

Difahamkan, siasatan juga mendapati pengarah itu telah memindahkan sejumlah wang rasuahnya ke beberapa akaunnya dan saudara-maranya,” kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek bagi membantu siasatan.

“Siasatan dimulakan selepas SPRM menerima laporan berhubung dakwaan perbuatan pengarah tersebut.

Siasatan masih di peringkat awal dan pasukan penyiasat kini dalam proses meneliti dokumen-dokumen yang dirampas bagi membantu siasatan,” kata Azam. 

Ketiga-tiga suspek yang ditahan akan direman esok bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. — Bernama



Sumber Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita


Demikianlah Artikel Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita

Sekianlah artikel Pengarah JPS Perlis ditahan rasuah, akaun bank RM2.9 juta disita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: