Judul : Kajian: Payudara wanita Malaysia antara paling kecil
link : Kajian: Payudara wanita Malaysia antara paling kecil
Kajian: Payudara wanita Malaysia antara paling kecil
LONDON, 30 Jan — Kajian menunjukkan payudara wanita Asia Timur termasuk Malaysia paling kecil berbanding lima negara lain.
Memetik dapatan dari The Journal of Female Health Sciences, perbandingan data dibuat melibatkan 108 negara, lapor Tempo.
Payudara sekitar 400,000 wanita pada usia antara 28 hingga 30 tahun, diukur menggunakan pita meter atau visual tiga dimensi.
“Perempuan yang lahir di Amerika Syarikat memiliki payudara yang jauh lebih besar daripada wanita di negara-negara lain.
“Sementara perempuan yang lahir di Afrika dan Asia, khususnya Asia Timur, memiliki ukuran payudara paling kecil,” kata laporan itu.
Wanita Asia Timur dari lima negara memiliki payudara paling kecil, mengikut turutan, ialah Filipina, Malaysia, Bangladesh, Samoa, Kepulauan Solomon.
Lima negara yang wanitanya memiliki saiz terbesar, mengikut turutan, ialah Amerika Syarikat, Kanada, Ireland, Poland dan Great Britain.
Sumber Kajian: Payudara wanita Malaysia antara paling kecil