Judul : Kisah Menarik Bagaimana Lelaki Ini Terjebak Dengan Jualan Produk Kosmetik Sehingga Memperolehi Pendapatan Lumayan.
link : Kisah Menarik Bagaimana Lelaki Ini Terjebak Dengan Jualan Produk Kosmetik Sehingga Memperolehi Pendapatan Lumayan.
Kisah Menarik Bagaimana Lelaki Ini Terjebak Dengan Jualan Produk Kosmetik Sehingga Memperolehi Pendapatan Lumayan.
“DULU MASA DAPAT SALES RM15,000-RM20,000 SEBULAN SAYA DAH RASA BAJET BAGUS. PAGI PETANG SIANG MALAM KERJA SAYA BUNGKUS PARCEL, JAWAB WHATSAPP SAMPAI TIADA MASA NAK URUS BISNES. SEHINGGALAH BILA SAYA DECIDE UNTUK HADIR KE SEMINAR MLB INI…”
Assalamualaikum, Saya Mohd Iylia Fahmi, Director kepada PinkBox Cereal Sdn Bhd.
Kami berpusat dari Petaling Jaya, Selangor, dan jalankan bisnes menjual produk kosmetik. Kami bermula dengan menjadi agen kepada barang/brand orang lain dan kemudian upgrade menjadi stokis dan sehinggalah sekarang ini kami adalah stokis kepada beberapa brand dan memiliki produk jenama sendiri.
Bisnes utama kami secara online di http://ift.tt/2CZTB48 dan FB Page Pinkboxcereal – Skincare, Makeup & All Things Pretty.
Sebelum Join Seminar, Sebenarnya Saya Dah Mula Start Pening Sebab Bisnes Saya Sudah Ada Masalah.
Masa saya join Seminar MLB dulu, sebenarnya saya jalankan bisnes gym. Masa itu saya ingatkan stage bisnes saya dah bagus, dah power. Masa itu sales saya sebulan secara purata dalam RM15,000 – RM20,000 sebulan.
Kebetulan muncul pula iklan Seminar MLB dari FB Page Majalah Niaga di newsfeed Facebook yang tunjuk fasal bisnes-bisnes kecil. Saya terbaca satu ayat dalam iklan ‘Sudah berbisnes bertahun-tahun, tapi masih belum capai jualan RM50,000 sebulan?”.
Saya rasa itulah masalah saya selama ini dan saya buat keputusan untuk daftar ke seminar.
Terus Terang Saya Cakap, Saya Memang Skeptikal Dengan Seminar Dan Saya Bukan Orang Yang Join Seminar- Seminar Ini.
Terus terang dan minta maaf saya cakap, saya ini bukan orang yang suka pergi seminar. Sebelum ini pun saya buat bisnes ikut cara sendiri. Jadi saya buat keputusan untuk join Seminar MLB tu dalam masa saya masih lagi skeptikal dan was-was untuk pergi.
At last, saya daftar dan hadir untuk dengar dahulu pengisian seminar.
Baru Separuh Hari Seminar, Saya Sudah Sedar 2 Kesilapan Dan 2 Keputusan Yang Saya Perlu Buat
Sesi seminar pada sesi pagi sangat singkat, tapi masa rehat tengah hari itu, saya dah boleh buat 2 decision.
Pertama, saya nak tutup gym sebab saya tahu gym saya bermasalah dan sebenarnya tak boleh expand. Ada banyak hal-hal yang saya tak boleh ceritakan disini tapi memang saya tak boleh teruskan bisnes itu.
Kedua, saya perlukan mentor sebab waktu pagi itupun saya sudah belajar banyak perkara, jadi saya curious untuk tahu apa lagi yang ilmu yang saya tidak tahu sebenarnya.
Sebelum ini saya ini orang yang bajet bagus dan bajet tahu semua. Lepas join seminar MLB, baru saya tahu jauhnya pencapaian bisnes saya jika dibandingkan orang lain. Saya perlu turunkan ego untuk banyak belajar ilmu – ilmu baru lagi.
Ayat Sentapan Yang Saya Masih Ingat Masa Seminar Mlb ‘Kita Tak Mahu 5 Tahun Lagi, Kita Bangun Tidur, Bisnes Kita Masih Di Tahap Sama’.
Seminar MLB ini boleh dkatakan ‘turning point’ saya. Bila balik seminar MLB, mindset saya terus bertukar, baru saya sedar sebenarnya, banyak lagi perkara yang saya perlu belajar, perkara yang saya perlu capai dan banyak lagi perkara yang saya tidak tahu.
Saya teringat kata-kata sentapan emas dari Tuan Ariff & tuan Aqill, ‘Kita tidak mahu 5 tahun lagi, kita bangun tidur, bisnes kita masih di tahap sama.’ Satu lagi kata-kata yang menyentap emosi saya, “Tanpa ilmu, kita akan kerap langgar dinding, sedar tak sedar, dah bertahun tahun kita berniaga, nak simpan RM500 sebulan pun susah!’
Zasss..sangat sentap tapi itulah kenyataan dan yang berlaku pada diri saya. Berbisnes bertahun-tahun, tapi sampai ke har ini masih lagi sibuk layan customer di Whatsapp dan bungkus dan hantar parcel!
SAYA IKHTIAR WALAUPUN SIMPANAN SAYA HANYA ADA RM500 UNTUK JOIN THE PROTEGE.
Dan saya tak fikir panjang, saya tiada duit pun masa tu, hanya ada RM500 sahaja untuk deposit The Protege. Selepas beberapa hari selepas seminar, saya langsaikan semua yuran The Protege dengan keluarkan simpanan ASB.
Dan itulah keputusan terbaik yang pernah buat dalam hidup saya.
Jadi lepas join The Protege, banyak sangat perkara yang saya baru belajar. Yang pertama memang banyak membantu tingkatkan jualan bisnes saya serta kedua, mindset saya berubah tentang kepentingan membangunkan team.
Dahulu, sebenarnya rasa macam bayar orang untuk bekerja dengan kita itu membazir. Masa kita mula PinkboxCereal dahulu, sehari mungkin dalam 20-30 tempahan jadi saya ingat saya boleh buat sendiri, tak perlu bayar orang.
Dari bermula dari rumah, sampai satu tahap, tuan Aqill sendiri yang cakap, kena ‘hire’ seorang staf untuk melayan customer di Whatsapp dan di bahagian operasi iaitu tugasan paling banyak dan paling renyeh yang pernah saya buat sebelum ini.
SIAPA SANGKA, DARI JUALAN RM15,000 SEBULAN HINGGA KONSISTEN 6 ANGKA (RM15X,XXX) SEBULAN.
Selepas saya keluar dari tugas ini, saya ada lebihan masa untuk fikir bagaimana untuk kembangkan bisnes dan duit itu tak pernah kurang.
Jualan kami masa mula-mula start secara purata RM15,000-RM20,000 dan alhamdulillah selepas hampir 10 bulan sertai Seminar MLB dan The Protege, sales kami konsisten 6 angka sebulan dari 6 bulan lepas hingga sekarang.
Dan seperti saya cakap tadi, inilah investment yang paling berharga yang pernah saya buat dalam hidup.
Terima kasih tuan Hasbul Aqill & tuan Hasbul Ariff selaku pengasas Majalah Niaga dan mentor kami di Seminar MLB dan TheProtege!
Sumber Kisah Menarik Bagaimana Lelaki Ini Terjebak Dengan Jualan Produk Kosmetik Sehingga Memperolehi Pendapatan Lumayan.