The Maze Runner masih 'bernafas'

The Maze Runner masih 'bernafas' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang The Maze Runner masih 'bernafas', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : The Maze Runner masih 'bernafas'
link : The Maze Runner masih 'bernafas'

Baca juga


The Maze Runner masih 'bernafas'

Antara tahun 2013 hinga 2016 lalu, peminat genre sains fiksyen daripada golongan muda sudah disajikan dengan filem seperti Ender’s Game, Divergent, The 5th Wave dan The Giver.

Filem seperti The Hunger Games mungkin sudah mencipta fenomena tersendiri tetapi rendisi terakhirnya, Mockingjay Part 2 sekadar ‘balik modal’.

Begitu juga dengan judul filem disebutkan tadi, ada antaranya langsung gagal di pawagam dan tidak mendapat perhatian penonton.

Pun begitu, sebuah lagi filem francais masih cuba berdiri kukuh menggunakan obsesi genre dan idea sama iaitu ‘survival’.

Filem The Maze Runner pada 2014 berjaya mencatat kutipan lebih AS$340 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia manakala sekuelnya, The Scorch Trials ketinggalan sedikit saja dengan kutipan AS$312 juta (RM1.2 bilion), namun ia masih dikira pecah panggung jika dibandingkan bajet filem itu sebanyak AS$61 juta (RM230 juta).

Trilogi terbaru yang diberi judul The Death Cure ini baru saja memulakan tayangannya pada 25 Januari lalu di negara ini.

Ia lewat setahun dari tarikh asal kerana memberi ruang rehat kepada pelakon utama, Dylan O’Brien yang mengalami kecederaan serius ketika menjalani penggambaran babak aksi filem itu, dua tahun lalu.

The Death Cure diadaptasi daripada novel siri The Maze Runner yang berjaya dijual lebih 6.5 juta salinan di seluruh dunia.

Untuk rendisi ini, pelakon utamanya, O’Brien, Kaya Scodelario dan Thomas Brodie-Sangster sangat berterima kasih terhadap kepercayaan diberikan semua pihak.

“Kami sangat bimbang apabila dapat tahu akan berlakon semula bagi judul kali ini. Saya ada dengar cerita ‘seram’ daripada orang lain bahawa jika kita lakukan sesuatu pada watak atau cerita daripada buku, peminat akan kecewa dan ‘bising’.

“Namun, syukurlah mereka (pembaca tegar) tidak seperti itu. Mereka sangat menyokong sejak hari pertama lagi!” kata Scodelario.

Hubungan harmoni yang terjalin itu diakui sebahagiannya disebabkan sentuhan pengarah filem itu, Wes Ball yang sudah mengarahkan semua tiga judul The Maze Runner.

Aktres itu berpendapat, Wes Ball pastikan peminat sentiasa diberitahu perkembangan terkini filem seperti perkongsian lokasi penggambaran juga berita terbaru mengenai pelakon.

“Dia membuatkan peminat menjadi sebahagian daripada pembikinan filem ini. Mereka membantu ‘membina’ sehingga menjadi seperti apa yang dilihat kini.

“Mereka (peminat) juga adalah sebahagian daripada keluarga kami,” katanya.

Dakwaan Scodelario itu memang tidak dapat dinafikan. Francais The Maze Runner berjaya menghubungkan peminat ke pelbagai peringkat yang tersendiri.

Hal itu turut diakui O’Brien tatkala berbicara mengenai hubungan serta interaksinya dengan peminat.

“Kadang-kadang kita terlupa bahawa kita boleh menjadi seseorang yang sangat penting dalam kehidupan orang lain di mana-mana saja.

“Perkara itulah yang mengujakan setiap kali melihat dan bertemu peminat. Kadang-kadang ia sangat berkuasa!” katanya.

Bagi Brodie-Sangster pula, watak dalam filem ini membuatkan peminat menghargai trilogy The Maze Runner.

Katanya, setiap individu atau watak mempunyai sisi tersendiri yang berhubung rapat dengan realiti kehidupan.

Menurutnya, kejujuran dalam hubungan yang ditunjukkan antara watak juga sebenarnya sangat dekat dengan penonton muda.

“Ia adalah aspek kemanusiaan. Mereka (penonton) akan berada paling dekat dengan sisi manusia apabila diletakkan dalam situasi yang lemah.

“Apabila anda lihat kembali sikap terhadap kehidupan dan merosakkan dunia, pastinya kita akan lihat kembali dalam diri, apakah yang paling penting dalam kehidupan?” katanya.

Katanya, jika kemusnahan adalah jawapannya, maka tidak hairanlah konsep ‘kiamat’ yang digambarkan dalam filem ini adalah permulaan kepada sejarah awal ketamadunan manusia.

O’Brien beremosi tonton filem sendiri

Pelakon berusia 26 tahun yang memegang watak Thomas cedera ketika melakukan aksi lagak ngeri untuk filem ini pada 2016.

Disebabkan itu, produksi terpaksa berehat selama setahun dan perincian penuh insiden itu tidak pernah didedahkan sehinggalah O’Brien mendakwa dia ditinggalkan dalam keadaan ‘rapuh’ dan sukar untuk kembali semula ke set penggambaran.

“Apabila kembali menonton filem ini, saya sangat beremosi dan ia perasaan yang bagus. Saya gembira dan tenang.

“Ya, ia memang memberi satu emosi yang pelbagai tapi pada akhir cerita, semua orang gembira?” katanya.

Disebabkan kemalangan di set penggambaran juga membuatkan dia mula mengambil serius soal keselamatan.

Perkara itu pastinya mengubah pendekatannya selepas ini secara drastik. Dia berpendapat situasi itu wajar menjadi perbincangan lebih serius.

Katanya, dia bertuah kerana selamat tetapi ada yang pernah kehilangan nyawa sebelum ini.

Disebabkan itu, hal keselamatan wajar dititikberatkan setiap masa dan ketika di set penggambaran.

“Perkara ini perlu diingatkan berkali-kali. Jangan ambil mudah kerana malang tidak berbau.

Sebab itulah saya harap ia akan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pekerja filem selepas ini. Ia perlu dilakukan segera,” katanya.



Sumber The Maze Runner masih 'bernafas'


Demikianlah Artikel The Maze Runner masih 'bernafas'

Sekianlah artikel The Maze Runner masih 'bernafas' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: