Judul : Benarkah Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Sudah Putus Tunang?
link : Benarkah Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Sudah Putus Tunang?
Benarkah Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Sudah Putus Tunang?
Benarkah retak menanti belah? (Pic: RDK Library)
Bertiup kencang di telinga Rojak Daily Kaw! bahawa ikatan pertunangan pasangan sama padan sama cantik, ELfira Loy dan Sufian Suhaimi sudah bagai telur di hujung tanduk. Terkejut dan mengucap panjang mendengar hal itu. Biar betul?
Ketika ini teka teki mengenai hubungan mereka mula mengundang pelbagai terjemahan dan spekulasi. Tak kurang juga yang membuat kesimpulan bahawa hubungan mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Malah lebih kronik ada yang mengandaikan hubungan mereka berantakan kononnya membabitkan campur tangan ahli keluarga. Macam-macam versi cerita yang datang.
Tapi betulkah pihak lelaki masih mencuba bertahan tetapi pihak perempuan sudah tawar hati?
“Kami masih lagi dalam ikatan pertunangan. Cuma tarikh nikah belum ada lagi. Sebelum ini memang rancangnya bulan Mac tetapi biasalah kita merancang, Tuhan yang menentukan-Nya,” pintas Sufian yang dihubungi.
Malah penyanyi lagu Terasa Ada itu juga memaklumkan keluarga masing-masing mendoakan yang terbaik untuk mereka.
“Saya percaya kepada ketentuan Allah. Saya seperti kenyataan sebelum ini memang mengharapkan pengakhiran yang baik,” tuturnya.
Diaju persoalan andai pengakhiran kisah cinta tidak seperti yang diharapkan, Sufian enggan memikirkan hal sebegitu.
“Saya tak mahu benda sebegitu terjadi,” katanya.
Tambah Sufian lagi, dia dan Elfira juga masih berhubung sesama sendiri.
“Ini kami baru saja berhubung menerusi mesej di telefon bimbit,” katanya.
Ketika ini buah hati Elfira itu sedang rancak mempromosikan lagu Terasa Ada.
“Alhamdulillah lagu single ketiga saya itu lambat sikit pickup. Tetapi sekarang ini sudah mula mendapat respon positif. Orang juga sudah mula mendengarnya.
“Ikutkan sepatutnya selepas Terasa Ada, memang ada perancangan nak release single seterusnya berjudul Di Matamu. Rancang release pada 23 atau 24 Mac depan. Tapi kalau lagu Terasa Ada masih high rotation di stesen radio, mungkin plan itu akan dianjak,” katanya.
Pihak Rojak Daily Kaw! tidak menghubungi Elfira kerana ketika ini beliau sibuk membuat persiapan untuk mengerjakan umrah pada 1 Februari ini bersama ibu dan abangnya, dan kami tidak mahu mengganggu mereka.
pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu selepas lapan bulan berkenalan.
Sumber Benarkah Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Sudah Putus Tunang?