Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik

Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik
link : Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik

Baca juga


Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik

KANGAR: Isu integriti tidak terhad kepada penjawat awam atau ahli politik semata-mata, sebaliknya ia merangkumi setiap segmen masyarakat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (Integriti) Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

Beliau berkata adalah amat penting untuk masyarakat memahami konsep integriti secara menyeluruh yang dapat membantu mengelakkan sebarang salah faham.

"Hendak jadi orang beradab kena ada integriti... sebab itulah dalam menangani isu integriti ini, ia melibatkan setiap lapisan masyarakat, kita tidak boleh fokus kepada sesiapa (mana-mana pihak) dan sebab itulah kita lancarkan salah satunya modul integriti untuk prasekolah.

"Kita percaya anak-anak akan jadi pemimpin pada masa akan datang, jadi mereka perlu dibentuk dari awal bermula usia empat atau lima tahun," katanya kepada pemberita selepas program 'Roadshow Integriti' peringkat negeri di Pusat Koreksional Perlis dekat sini, pada Selasa.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyampaikan titah menutup program berkenaan.

Dalam pada itu, Anis Yusal berkata pihaknya sentiasa komited dalam menghasilkan pelbagai modul integriti yang boleh diguna pakai oleh mana-mana pihak termasuk setiap parti politik, jabatan, agensi kerajaan mahupun institusi pendidikan.

"Modul-modul ini dapat membantu menjayakan agenda pembudayaan, penghayatan serta pengukuhan integriti dalam komuniti masing-masing," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sangat terbuka dan bersedia membantu memberikan gambaran jelas dalam perencanaan program atau aktiviti integriti agar lebih tersusun dan memberi impak menyeluruh kepada kumpulan sasaran.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah integriti harus dibudayakan dalam masyarakat dan ia bukanlah satu pilihan jika rakyat mendambakan negara yang sejahtera dan maju.

"Tidak kira apa juga agama yang kita anuti, setiap daripada kita perlu memainkan peranan yang menyeluruh untuk menyemai nilai-nilai murni demi melahirkan satu komuniti yang berintegriti, selaras dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara," titah baginda.

Pada jerayawara itu, pihak Integriti turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kolej Universiti Islam Perlis untuk bekerjasama dalam bidang-bidang berkaitan usaha memupuk agenda integriti.

-- BERNAMA



Sumber Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik


Demikianlah Artikel Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik

Sekianlah artikel Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: