Judul : Korea Utara batal persembahan
link : Korea Utara batal persembahan
Korea Utara batal persembahan
SEOUL: Korea Utara membatalkan persembahan kebudayaan bersama Korea Selatan yang dijadualkan 4 Februari depan.
Kementerian Perpaduan Korea Selatan berkata, Pyongyang menyalahkan media Korea Selatan sebagai punca, kerana menyebarkan sentimen awam yang 'menghina' negara itu.
Korea Utara berkata, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan membatalkan persembahan yang bakal diadakan di kawasan Pergunungan Kumgang dalam wilayah negara itu.
Menurut kementerian, media Korea Selatan berterusan mempersendakan 'keikhlasan' Pyongyang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan diadakan di Seoul bulan depan.
Tindakan Pyongyang membatalkan persembahan bersama itu sangat dikesali Seoul dan menggesa negara itu memegang semua perjanjian yang dibuat bersama.
Pentadbiran Presiden Moon Jae-in berdepan kritikan susulan tindakannya membenarkan penyertaan Korea Utara dalam sukan itu dan pembentukan sukan hoki ais wanita gabungan atlet dua negara Korea itu. - Reuters
Sumber Korea Utara batal persembahan