KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014

KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014
link : KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014

Baca juga


KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014

Usahwa mengesan Muhammad Riduan atau K. Pathmanathan masih berterusan sejak 2014, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. — Foto oleh Shafwan ZaidonUsahwa mengesan Muhammad Riduan atau K. Pathmanathan masih berterusan sejak 2014, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. — Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR, 29 Jan — Usaha mengesan dan menahan Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya M. Indira Gandhi, masih diteruskan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagi K. Pathmanathan, masih berterusan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

“Malangnya, pihak kami masih gagal dalam usaha tersebut walaupun satu kenyataan media telah dikeluarkan bagi mendapat kerjasama orang ramai.

“Polis turut memaklumkan kepada peguam yang mewakili Indira Gandhi tentang segala langkah yang telah diambil bagi mengesan Muhammad Riduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa pihak polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.

Sehubungan itu, Mohamad Fuzi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Riduan atau lelaki itu sendiri supaya tampil memberi kerjasama.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Ketiga-tiga anak mereka iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19, dan sembilan tahun. Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi, selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad Ridhuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. — Bernama



Sumber KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014


Demikianlah Artikel KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014

Sekianlah artikel KPN: Polis cari bekas suami Indira Gandhi sejak 2014 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: