Judul : Restoran A&W Petaling Jaya akhirnya akan ditutup
link : Restoran A&W Petaling Jaya akhirnya akan ditutup
Restoran A&W Petaling Jaya akhirnya akan ditutup
Berita berkenaan restoran A&W Petaling Jaya yang akan menutup operasi sudah berlegar sejak tiga tahun lalu. Namun ianya masih beroperasi sehingga ke hari ini.
Namun hayat restoran ikonik ini akan berakhir apabila pelan untuk penstrukturan semula kawasan berkenaan telah diluluskan oleh Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ). Sejak dibuka buat pertama kali pada tahun 1965, A&W menjadi pilihan warga kota untuk menikmati makanan gaya barat terutamanya buat penduduk Petaling Jaya dan pelajar Universiti Malaya.
Sedikit berkenaan sejarah A&W di Malaysia. A&W dibawa masuk oleh pasangan Lie Boff yang berasal dari Amerika Syarikat. Mereka membuka cawangan pertama A&W di Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadikan A&W sebagai restoran makanan segera pertama di Malaysia. Outlet A&W Petaling Jaya pula adalah cawangan kedua syarikat ini di Malaysia dan merupakan restoran drive-in pertama di Petaling Jaya.
Pada tahun 2001, A&W Malaysia dibeli oleh KUB Malaysia Sdn Bhd dan pada tahun 2008, usaha pengembangan agresif untuk mengubah suai dan memperluaskan jangkauannya dapat dilihat. Pada hujung 2014, KUB menafikan dakwaan bahawa restoran pandu lalu A&W di Petaling Jaya yang telah beroperasi hampir 50 tahun, bakal ditutup.
Namun KUB nampaknya berubah fikiran dan ingin meneruskan pelan untuk membangunkan kawasan seluas 0.4 hektar ini. Dikhabarkan satu bangunan setinggi 20 tingkat akan dibangunkan di tanah A&W ini.
Ianya nyata merupakan berita sedih untuk warga Petaling Jaya khususnya. Pasti banyak kenangan dan memori yang bersemadi di sini. Jika anda ada kisah menarik di sini, boleh kongsi di ruangan komen. Selamat tinggal, waffle aiskrim sedap A&W PJ!
Sumber Restoran A&W Petaling Jaya akhirnya akan ditutup