Judul : Bukan Sengaja Datang Lambat
link : Bukan Sengaja Datang Lambat
Bukan Sengaja Datang Lambat
Penyanyi, Nabila Razali menjelaskan dia bukan sengaja lewat hadir ke sebuah acara hiburan baru-baru ini seperti yang didakwa dalam ruangan pojok sebuah akhabar tempatan, kelmarin.Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati itu, dia sebenarnya baru sahaja tamat sesi penggambaran sebuah program di Bangi dan terlewat bergegas ke tempat sidang media di Damansara.
"Saya memohon maaf di atas kelewatan saya tempoh hari. Saya tidak berniat untuk lewat atau sengaja sabotaj acara berkenaan dan apa yang berlaku melibatkan banyak pihak.
"Bagaimanapun, saya mengakui itu salah saya dan sudah meminta maaf kepada penganjur dan tetamu yang hadir atau sesiapa sahaja yang terasa hati," katanya seperti yang dilaporkan Utusan.
Dalam pada itu, Nabila berkata dia mengambil perkara itu sebagai satu kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lagi pada masa akan datang.
"Sebagai pendatang baharu, saya mengaku perlu bersikap disiplin dan menepati masa. Ini adalah kali pertama saya terlewat disebabkan hal tertentu yang memang tidak dapat dielakkan.
"Saya memang seorang yang tidak suka orang menunggu saya. Tambahan pula, pengurus saya selalu berpesan untuk menepati masa sekiranya mahu bertahan lama dalam industri," katanya.
Sumber Bukan Sengaja Datang Lambat