Judul : Zahirah, Kamal bergelut isu putus cinta Emma
link : Zahirah, Kamal bergelut isu putus cinta Emma
Zahirah, Kamal bergelut isu putus cinta Emma
Zahirah MacWilson menafikan punca hubungan rakan pelakon Kamal Adli putus cinta dengan Emma Maembong. — Foto ihsan Instagram/Zahirah MacWilsonKUALA LUMPUR, 25 Okt — Pelakon Zahirah MacWilson menarik balik paparan skrin perbualannya dengan Kamal Adli dalam kontroversi cinta Emma Maembong.
Menafikan punca pasangan itu terputus, pelakon wanita Duda Pujaan Dara itu menganggap coretan awalnya di Instagram mengenai isu itu “sudah tercapai”.
“Jika seseorang bersalah, mereka harus perbetulkan, tiada lagi berita daripada saya mengenai hal ini,” kata Zahirah dalam coretan terbaru.
Beliau sebelumnya mendedahkan masalah mereka bertiga sudah diselesaikan dalam pertemuan dengan Emma dan Kamal tetapi ia masih berbangkit awal hari ini.
Lalu gadis 22 tahun itu menolak tanggapan dirinya “orang jahat” antara Emma, 25, dengan Kamal, 31, yang dikatakan telah putus.
“Saya terpaksa muat naik benda ini sebab sudah penat berdiam diri dan dituding jari sebagai punca,” katanya seperti dilapor Berita Harian tengah hari tadi.
Kamal pula dilaporkan enggan melayan isu ini lagi sambil menyalahkan Zahirah, yang menyalahkan lelaki tersebut dalam coretan yang dipadam itu.
“Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk,” kata Kamal kepada mStar Online.
Sumber Zahirah, Kamal bergelut isu putus cinta Emma