Judul : Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri
link : Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri
Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri
Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri
Gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah yang dirakam di Universiti Islam Antarabangsa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan pernah menjadi viral setahun yang lalu.
Dalam rakaman tersebut, si comel itu akhirnya tertidur di atas meja walaupun pada awalnya kelihatan seolah-olah berminat dan bersemangat untuk mengikuti kuliah tersebut.
Dan gambar-gambar keletahnya kucing itu yang dimuat naik di twitter pantas menjadi sensasi hingga mendapat liputan sebuah portal gaya hidup terbesar di dunia, Buzzfeed.
First 30 minutes of class vs. After the first 30 minutes of class http://pic.twitter.com/3FwI1vqsVG
— farissa (@FarissaAdriana) September 28, 2016
Bermula dengan status kucing jalanan, kini Labun dijaga dengan cukup baik dan kebajikannya sentiasa diberi perhatian. Bukan setakat dijjaga oleh empat orang pensyarah, malah keperluannya turut diberi perhatian oleh para pelajar dan petugas di bangunan fakulti Kuliyyah of ICT, kediaman Labun selama lima tahun.
“Empat orang mommy inilah yang akan bergilir-gilir membelikan makanan untuk Labun.
“Para pelajar juga ramai yang tidak lokek memberikannya makan dan permainan, malah mereka juga rajin melayan Labun bermain,” kata Prof Dr Norsaremah Salleh, antara penjaga Labun.
Ujarnya lagi, Labun pada awalnya ditemui berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan kira-kira lima tahun lalu.
“Masa tu Labun masih seekor kitten dan sangat manja. Mungkin dibuang ke sini, sebab tak pernah pula terserempak dengan ibunya.
“Kasihan melihat keadaannya, saya ambil keputusan untuk menjaganya. Tapi saya tidak berseorangan kerana turut dibantu rakan-rakan pensyarah yang lain,” ceritanya.
Beliau nyata bersyukur apabila hasrat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk Labun disambut baik malah mendapat sokongan dan bantuan daripada anggota fakulti lain termasuklah Dekan.
Yang lebih menariknya, kini Labun turut memilik kad matrik sendiri sebagai pengenalan bahawa Labun adalah haiwan peliharaan fakulti itu.
“Pekerja pembersihan juga banyak membantu. Contoh pada hari cuti umum, mereka akan membantu tengok-tengokkan Labun kerana kampus akan lengang pada waktu itu,” ujarnya.
Kehadiran Labun di fakulti itu bukan sahaja untuk hiburan tetapi juga sebagai satu cara untuk memupuk rasa sayang dan simpati manusia terhadap haiwan.
“Melalui Labun, pelajar akan lebih menghargai haiwan dan dapat belajar nilai-nilai murni serta kasih sayang,” katanya.
Via: SK
Sumber Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri