sukaGo juara YCDP Axiata

sukaGo juara YCDP Axiata - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang sukaGo juara YCDP Axiata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : sukaGo juara YCDP Axiata
link : sukaGo juara YCDP Axiata

Baca juga


sukaGo juara YCDP Axiata

KUALA LUMPUR: Kumpulan sukaGo dinobatkan sebagai juara Pertandingan Akhir Cabaran Projek Perniagaan Digital bagi program Young CEO Development Programme (YCDP), anjuran Axiata Group Berhad (Axiata), di sini, hari ini.

Kumpulan yang terdiri daripada enam peserta itu mempertaruhkan pelan perniagaan digital mengenai portal yang menyediakan platform kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencari sukarelawan bersesuaian dengan lokasi, masa dan tarikh sesuatu program yang dianjurkan.

Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang hadiah lawatan perniagaan ke Singapura, bagi mempelajari lebih banyak aspek mengenai perniagaan digital.

Mereka juga berpeluang melawat syarikat digital terkemuka iaitu Google dan Facebook Singapura.

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan Rollpay, manakala kumpulan Kaki Bola dipilih sebagai pemenang tempat ketiga.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan RM400 untuk setiap ahli kumpulan.

Ketua kumpulan dan Pengasas sukaGo, Ng Siew Sanz, berkata idea untuk menghasilkan pelan perniagaan itu timbul berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang aktif sebagai sukarelawan tetapi sukar mencari aktiviti yang bersesuaian dengan lokasi dan masa yang dikehendaki.

"Kami tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjuarai pertandingan ini tetapi saya percaya ciri dinamik yang dimiliki setiap ahli kumpulan menjadi faktor kepada kemenangan hari ini," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan itu.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Pengurusan Bakat Kumpulan Axiata, Datin Seri Badrunnisa Mohd Yasin Khan.

Yang turut hadir, Ketua Tanggungjawab Korporat, Pengurusan Bakat Kumpulan Axiata Berhad, Rohaiza Ahmad.

Seramai 66 bakat muda mengambil bahagian dalam kumpulan kedua program YCDP itu, yang memulakan sesi latihan pada April lalu.

Pertandingan itu adalah sebahagian daripada Program Bakat Muda Axiata (AYTP), yang membabitkan empat kem setiap tahun.

Peserta perlu menyertai bengkel, sesi perbincangan dengan kumpulan pengurusan Axiata dan simulasi perniagaan.

Sementara itu, Badrunnisa berkata, keistimewaan YCDP pada kali ini ialah setiap peserta menampilkan idea yang lebih mantap dan menyeluruh ketika sesi pembentangan.

"Saya percaya ia hasil bimbingan jurulatih berpengalaman daripada industri. Kita yakin program ini dapat mendidik generasi muda untuk lebih bersedia sebagai ketua pegawai eksekutif muda pada masa depan," katanya. 



Sumber sukaGo juara YCDP Axiata


Demikianlah Artikel sukaGo juara YCDP Axiata

Sekianlah artikel sukaGo juara YCDP Axiata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: