Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib

Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib
link : Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib

Baca juga


Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib

KUALA LUMPUR: Stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura dibayangkan bakal menjadi hab dan pintu masuk ke bandar-bandar moden dan paling maju Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata wawasan ini adalah elemen yang sama penting yang akan memacu Malaysia ke arah mencapai aspirasi Transformasi 2050 (TN50).

"Selain merevolusikan hubungan antara dua kuasa ekonomi utama Asia Tenggara itu, HSR juga pada dasarnya akan menggabungkan bandar-bandar yang berpeluang mendapat manfaat daripada rangkaian meluas permintaan pasaran yang besar, tenaga kerja, prasarana dan kluster peluang perniagaan," kata Najib.

Beliau berkata demikian semasa memperkenalkan reka bentuk konsep stesen HSR KL-Singapura di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata bagi Malaysia, HSR akan menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini, menyediakan peluang pelaburan dan pempelbagaian yang lebih besar.

Sementara itu, Pengerusi MyHSR Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata projek tersebut merupakan pembawa perubahan ikonik bagi negara dan akan menjadikannya terus kompetitif, sederhana dan dinamik untuk bergerak seiring dengan negara-negara lain di dunia.

"Pelaburan yang kita buat hari ini akan mempercepatkan ke arah mencapai matlamat TN50 dalam menjadi 20 negara utama dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi," katanya.

Menurutnya, pembidaan projek itu yang dijangka tahun depan telah menarik minat yang amat besar daripada syarikat-syarikat yang telahpun membentuk perkongsian dan juga konsortium untuk menyertai tender tersebut.

HSR KL-Singapura yang dijangka mula beroperasi pada 2026, menghubungkan bandar-bandar iaitu Kuala Lumpur, Bangi, Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

MyHSR Corporation yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan bertanggungjawab bagi pembangunan dan pelaksanaan projek tersebut.

-- BERNAMA



Sumber Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib


Demikianlah Artikel Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib

Sekianlah artikel Stesen HSR KL-Singapura pintu masuk ke bandar moden Malaysia - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: