Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan

Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan
link : Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan

Baca juga


Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan

GEORGE TOWN: Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul empat anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, sekumpulan 30 lelaki daripada dua kumpulan bergaduh di kawasan itu sebelum empat anggota polis yang sedang bertugas di balai berkenaan keluar untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Jurucakap polis berkata polis mengarahkan mereka berhenti bergaduh dan beredar daripada kawasan itu, namun kumpulan berkenaan tidak mengendahkannya dan terus bergaduh sesama mereka.

"Anggota yang cedera itu merupakan polis yang pertama keluar melihat kejadian itu dan dia cuba meleraikannya kerana bimbang menjadi lebih teruk. Mereka juga bertindak ganas dengan memukul mangsa dan tiga lagi anggota polis yang keluar membantu," katanya di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya pergaduhan itu berjaya dileraikan selepas beberapa lagi anggota polis tiba dan sembilan daripada mereka berjaya ditahan.

Jurucakap itu berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku kerana satu kumpulan tidak berpuas hati apabila satu lagi kumpulan mahu membuat laporan polis selepas mereka bergaduh di hadapan sebuah kedai serbaneka di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru dekat sini dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Beliau berkata sembilan lelaki itu kini direman empat hari dan kes itu disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan katanya usaha mengesan beberapa lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.

-- BERNAMA



Sumber Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan


Demikianlah Artikel Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan

Sekianlah artikel Sembilan lelaki bergaduh dan pukul polis ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: