Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’

Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’
link : Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’

Baca juga


Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’

Peter Bellew menyangkal dakwaan Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Najib Razak ada campur tangan hingga mendorongnya meletak jawatan. — Foto ReutersPeter Bellew menyangkal dakwaan Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Najib Razak ada campur tangan hingga mendorongnya meletak jawatan. — Foto ReutersPETALING JAYA, 22 Okt — Peter Bellew, pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines (MAS) yang melepaskan jawatannya, menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa campur tangan politik dalam pengurusan syarikat penerbangan negara ini menjadi punca beliau meninggalkan syarikat berkenaan.

Bellew menjelaskan beliau tidak berdepan sebarang campur tangan  daripada sesiapa berkaitan apa jua perkara sepanjang tempoh perkhidmatan dengan syarikat itu sejak menjawat jawatannya pada 1 Julai tahun lepas.

“Tun (Dr) Mahathir salah sama sekali... 100 peratus salah. Tiada campur tangan, saya cuma mahu ‘balik kampung’. Ia cukup mudah, tidak ada misteri, tidak ada kontroversi,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Beliau mengulas catatan terkini dalam blog pengerusi Pakatan  Harapan itu yang antara lain mendakwa peletakan jawatannya disebabkan campur tangan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengurusan syarikat itu.

Bellew turut menegaskan Najib tidak pernah campur tangan dalam apa jua cara, sebaliknya, perdana menteri memberi galakan kepada beliau dalam setiap tindakannya.

​​​Malah, kata Bellew, Dr Mahathir tidak pernah menghantar sesiapapun untuk mendapatkan penjelasan berkaitan perkara yang didakwanya itu.

Bellew mengemukakan peletakan jawatannya pada 8 Okt untuk bertugas dengan Ryanair, syarikat penerbangan terkemuka Ireland.

Mengenai pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai penggantinya, beliau berkata Izham merupakan calon yang tepat bagi jawatan itu.

“Beliau seorang yang hebat, pengetahuannya sangat luas…saya harap anda akan memberinya sokongan. Ini bukanlah tugas yang mudah, harapan negara amatlah besar,” katanya.

Izham, ketika ini merupakan ketua pegawai operasi MAS, akan menjawat jawatan baharunya pada 1 Dis sebaik sahaja Bellew, yang kini dalam cuti pentadbiran, mengosongkan jawatan itu. — Bernama



Sumber Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’


Demikianlah Artikel Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’

Sekianlah artikel Sangkal Mahathir, Peter Bellew cuma mahu ‘balik kampung’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: