PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September

PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September
link : PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September

Baca juga


PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengutip sebanyak RM12.13 bilion bayaran balik pinjaman sehingga September tahun ini.

Pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jumlah kutipan itu diperolehi hasil daripada usaha yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan peminjam untuk membayar pinjaman mereka.

"Kelompok ini (yang liat membuat pembayaran) akan menjadi sasaran pihak kami (PTPTN) supaya mereka (peminjam) membayar balik pinjaman kerana kita perlukan wang itu untuk membantu pelajar-pelajar baharu yang akan datang," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Shamsul Anuar berkata kutipan balik pinjaman itu akan mengurangkan kebergantungan PTPTN kepada institusi kewangan lain dalam usaha memberi dana kepada pelajar baharu yang akan memasuki ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di negara ini.

Beliau berkata sehingga kini PTPTN telah memberi pinjaman kepada lebih dua juta pelajar di seluruh negara termasuk yang masih mengikuti pengajian tinggi.

Shamsul Anuar berharap dengan pelbagai insentif yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2017, para peminjam masih berpeluang untuk menjelaskan pinjaman mereka sehingga 31 Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Okt tahun lalu mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi insentif diskaun berkuat kuasa 22 Okt sehingga akhir tahun ini bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman.

-- BERNAMA



Sumber PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September


Demikianlah Artikel PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September

Sekianlah artikel PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: