Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan

Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan
link : Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan

Baca juga


Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan

Polis bersama aktivis pencinta haiwan menyelamatkan 46 kucing yang disyaki digunakan oleh pemilik untuk mendapatkan wang.

kucing

fmt-ohsem-inside-article1Sebanyak 46 ekor kucing hari diselamatkan oleh sepasukan polis daripada dikurung dan terabai di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul ekoran aduan kelab pencinta kucing yang mengesyaki seorang lelaki, memperguna kucing-kucing itu untuk mendapatkan wang.

Pengerusi Sahabat Kucing Jalanan Mohd Rosli Mohd Ariffin berkata beliau dan sekumpulan orang ramai mengesyaki lelaki menganggur itu mengumpan kucing-kucing berkenaan melalui laman Facebooknya untuk mendapatkan sumbangan kewangan, kononnya bagi membeli makanan dan merawat kucingnya yang sakit.

Berikutan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.

Hari ini beliau dan rakan-rakan bersama sekumpulan anggota polis pergi ke rumah lelaki berumur 41 tahun itu, kira-kira 11.45 pagi dan mendapati kesemua kucing berkenaan terkurung di dalam beberapa sangkar dalam keadaan tidak terurus.

“Sangat menyedihkan apabila melihat kucing-kucing itu dikurung di dalam sangkar kecil di dapur rumah dengan keadaan yang tidak terurus dan berbau busuk. Hampir keseluruhan kucing itu dijangkiti ‘Sporo’ dan mengalami demam,” katanya kepada pemberita.

Penyakit Sporotrichosis, katanya, disebabkan oleh fungus yang berasal daripada persekitaran tanah, tumbuhan dan spesies haiwan.

Menurut Mohd Rosli, pemilik kucing itu memuat naik status dan video kucingnya sejak beberapa bulan lalu dalam beberapa laman Facebook berkaitan kucing dan meminta bantuan kewangan.

Seorang netizen yang turut mengesyaki perbuatan lelaki menyatakan dalam satu ruangan komen Facebook, lelaki itu seorang penipu kerana memiliki 23 akaun Facebook dan menggunakannya untuk “menjual” çerita kucing-kucingnya.

Bernama bersama wakil media lain yang turut serta ke rumah lelaki itu mendapati persekitaran luar dan di dalam pangsapuri aras 2 bangunan 4 tingkat itu dipenuhi dengan sampah sarap dan kelihatan wayar elektrik dan timbunan kabel Astro berselirat di ruang tamu unit pangsapuri itu.

Tak dera, cuma tiada wang

Polis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk lelaki berkenaan supaya menyerahkan kucing-kucing tersebut.

Sementara itu, lelaki berkenaan yang mendakwa sayangkan semua kucingnya, berkata beliau tidak mempunyai masa untuk mengemas rumah sejak ibunya meningggal dunia April lalu.

Katanya, beliau membela kucing sejak beberapa tahun lalu dan jumlah kucing yang dibela semakin bertambah sebagai teman sejak ibunya meninggal dunia.

“Rumah saya sempit…saya tidak ada tempat lain untuk tempatkan kucing-kucing ini. Saya tidak dera, cuma saya tidak mampu merawat kucing yang sakit sebab saya tiada duit,” katanya.

Dia menambah, sebab itu beliau bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menyara kucing-kucing berkenaan.

Seorang jiran lelaki itu memberitahu pemberita sebelum ini ada jiran yang membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai keadaan di pangsapuri itu kerana tidak tahan dengan bau busuk di situ.

Sementara itu, seorang anggota Kelab Pencinta Kuching Malaysia Datuk Leen Mustafa, 38, yang ditemui bersama pasukan polis di pangsapuri itu, berkata sebahagian daripada kucing-kucing yang diselamatkan itu kini ditempatkan sementara di sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan “hotel kucing”.

Kelab Sahabat Kucing Jalanan pula mendapatkan bantuan rawatan untuk kucing-kucing yang kurang sihat dan berpenyakit, katanya.

“Kami sedang mengumpul dana untuk membiayai kos rawatan kucing-kucing itu,” jelas beliau.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan


Demikianlah Artikel Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan

Sekianlah artikel Polis selamatkan 46 kucing dari kurungan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: