Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad

Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad
link : Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad

Baca juga


Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad

Peter Bellew

Peter Bellew

SELEPAS setahun menerajui Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew akhirnya meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu dan kembali semula untuk berkhidmat di Ryanair Ltd (Ryanair).

Langkah terbabit adalah tindakan mengejutkan dalam industri kerana sebelum ini Bellew menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai semula syarikat penerbangan tambang rendah dari Ireland itu dan berbangga menjadi sebahagian daripada transformasi MAB.

Menerusi laporan The Irish Times, Bellew dilaporkan bakal memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi berkuatkuasa mulai 1 Disember ini dan bertanggungjawab terhadap operasi pesawat, kejuruteraan dan pengendalian di bahagian darat tetapi lebih khusus kepada melahirkan juruterbang, latihan dan pembangunan karier.

Malah, menurut laporan yang sama, beliau turut diberi kepercayaan untuk memastikan kegagalan yang dibuat oleh juruterbang Ryanair sebelum ini pada awal September lalu tidak akan berulang lagi.

Saya begitu teruja untuk kembali bersama Ryanair dan mengambil cabaran ini untuk memastikan operasi berkembang dengan lebih mampan.

“Saya melihat untuk bekerjasama dengan semua pasukan dan krew yang saya kenali dengan baik selama ini untuk membantu perkembangan Ryanair mencapai 600 pesawat dalam tempoh enam tahun akan datang,” katanya dipetik dalam The Irish Time.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair Michael O €™Leary berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAB itu akan mengetuai pelan transformasi dan berhubung dengan semua juruterbang bagi meningkatkan persekitaran kerja dan pembangunan kerjaya pada masa akan datang.

Bellew bertugas selama sedekad di Ryanair sebelum menyertai MAB pada akhir 2015 sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum dinaikkan pangkat sebagai CEO pada pertengahan 2016.

Sementara itu, MAB dalam kenyataan berasingan berkata, syarikat penerbangan nasional itu mengambil maklum mengenai pengumuman yang tidak dijangka itu oleh Ryanair kepada London Stock Exchange (LSE) mengenai Bellew.

“Lembaga Pengarah MAB akan berjumpa dan membuat pengumuman mengenai perkara ini. Bagaimanapun, operasi dan servis syarikat kekal sama kepada pelanggan setia MAB.

“Pelan transformasi MAB juga akan kekal seperti biasa dan masih berada pada landasan perlaksanaan berdasarkan Pelan Pemulihan MAS (MRP),” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad


Demikianlah Artikel Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad

Sekianlah artikel Peter Bellew sah tinggalkan Malaysia Airlines Berhad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: