Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah?

Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah?
link : Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah?

Baca juga


Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah?

BARU-BARU ini pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mencadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan segera satu “Kod Etika Ibu Bapa” untuk melindungi para guru selain dapat mengharmonikan hubungan kedua-dua pihak.

Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata kod etika berkenaan juga akan memastikan maruah dan emosi guru-guru tidak terjejas akibat tekanan berpunca daripada serangan ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap tugas mereka.

Tidak dapat dielakkan lagi tugas dan beban yang dipikul oleh para guru dilihat semakin hari menjadi semakin mencabar.

Para guru kini terpaksa menghadapi beban tugas dan tanggungjawab berat dalam usaha mereka mendidik para pelajar sekolah serta pada masa yang sama menghadapi segala isu berbangkit yang berlaku di kalangan para pelajar sekolah seperti isu buli-membuli, gangsterism, ponteng sekolah, gejala merokok, penyalahgunaan dadah, seks bebas dan lain - lain lagi.

Segala permasalahan yang berlaku di kalangan para pelajar kini dilihat semakin sukar untuk dibendung kerana terdapat pelbagai halangan terhadapnya.

Antara halangan yang paling mencabar yang terpaksa dihadapi oleh para guru ialah halangan yang datang dari pihak keluarga pelajar itu sendiri yang lebih gemar membela bermati-matian anak kesayangan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat kebenaran atau hakikat yang sebenarnya anak-anak kesayangan mereka memang bersalah.

Lebih menyedihkan lagi para guru sering diugut dengan pelbagai tindakan undang-undang seperti tindakan saman sekiranya mereka mengambil tindakkan disiplin terhadap anak-anak mereka.

Oleh itu, agak sukar untuk guru-guru mengambil sebarang tindakkan disiplin terhadap mana-mana pelajar yang didapati terlibat dengan sebarang kesalahan disiplin yang berlaku.

Akhirnya, pelajar berkenaan akan naik kepala serta terus terjebak dengan kegiatan jenayah yang lebih berat lagi.

Memandangkan suasana masa kini sudah menjadi begitu kompleks di kawasan sekolah, adalah juga ingin dicadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya sebuah unit bantuan guaman diwujudkan disetiap sekolah ataupun sekurang-kurangnya di setiap peringkat jabatan pendidikan daerah ataupun negeri di seluruh negara kita.

Ia dilihat penting supaya ia dapat menjadi pusat rujukan mana-mana pihak di sekolah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak.

Unit bantuan guaman dapat menawarkan nasihat umum yang berkaitan dengan aspek perundangan semasa. Ia juga dapat membantu mana-mana pihak di sekolah yang beranggapan diri mereka teraniaya untuk mendapatkan nasihat undang-undang serta langkah -langkah yang sepatutnya diambil mereka sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Cadangan penubuhan unit bantuan guaman berkenaan boleh diusahakan melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Majlis Peguam Malaysia (MPM) dan boleh dianggotai oleh para pengamal guaman dalam negara kita yang berpakaran dalam bidang yang berkaitan dengan segala isu dan permasalahan yang berlaku dalam sekolah dan institusi pendidikan di negara kita.

Dengan adanya unit bantuan guaman serta unit-unit yang bersesuaian yang bakal dicadangkan dimasa hadapan kelak adalah diharapkan supaya ia dapat membawa sedikit sebanyak keredaan terhadap segala isu dan permasalahan yang dihadapi di dalam sekolah sesuai dengan peredaran zaman masa kini yang penuh mencabar dan dugaan.


*Artikel ini adalah daripada Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow.

**Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili sidang editorial Astro AWANI.



Sumber Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah?


Demikianlah Artikel Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah?

Sekianlah artikel Perlukah diwujudkan unit bantuan guaman di setiap sekolah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: