Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan

Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan
link : Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan

Baca juga


Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan

KUCHING: Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan dengan melaksanakan beberapa kaedah dan mekanisme yang lebih baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, selain mewujudkan program seperti Civil Defense Emergency Response Team (CDERT), program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) turut dilaksanakan untuk memberi pengetahuan kepada penduduk tentang tempat tinggal dan penempatan mereka, seterusnya diterjemahkan dalam bentuk strategi dan pelan pengurusan bencana.

Katanya, ia sama dengan penubuhan "Community Emergency Respond Team" (CERT) yang ditubuhkan dii Sarawak, yang berfungsi sebagai pasukan yang bertindak di peringkat awal di lokasi bencana sebelum ketibaan agensi penyelamat.

"Kerajaan juga telah banyak mengambil langkah proaktif dengan memberi tumpuan kepada pembinaan keupayaan bagi tiga golongan sasaran, iaitu agensi kerajaan, masyarakat yang terdedah kepada bencana dan badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta yang membantu.

"Dengan ini golongan sasaran akan lebih peka terhadap rsisiko dan bahaya bencana," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2017 oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah di Tebingan Kuching di sini hari ini.

Beliau berkata pengurusan mangsa banjir yang cekap membolehkan bantuan sampai kepada mangsa lebih cepat kerana aset dan pangkalan hadapan untuk stok bahan makanan ditempatkan di peringkat daerah.

Di samping itu, pada tahun ini Jemaah Menteri telah meluluskan skim perlindungan insurans untuk mangsa-mangsa pelbagai bencana termasuk banjir, kebakaran dan ribut, kata beliau.

Katanya, di bawah skim perlindungan insurans berkenaan, mangsa banjir hanya perlu membayar RM10 dan bakinya ditanggung kerajaan.

Mengenai pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2017, Shahidan berkata ia adalah bagi menyiapkan masyarakat tentang bahaya banjir dan menyiapkan agensi-agensi yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Shahidan turut memuji kecekapan pengurusan bencana negeri Sarawak, khususnya pengurusan mangsa banjir sehingga diiktirafkan sebagai yang terbaik di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sewajarnya diberi pujian kerana menguatkuasakan larangan penebangan balak dan hutan secara haram yang boleh menyumbang kepada usaha mitigasi banjir.

-- BERNAMA



Sumber Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan


Demikianlah Artikel Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan

Sekianlah artikel Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasakan - Shahidan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: