MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India

MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India
link : MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India

Baca juga


MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India

Pihak pengurusan masjid di Selangor dinasihati agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri sebaliknya perlu berdikari bagi mendapatkan dana sendiri, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin yang baru pulang dari lawatan kerja ke India berkata, beliau sempat melawat beberapa masjid dan bertemu nazir di sana bagi bertanya mengenai dana pembiayaan masjid.

“Saya tanya dengan nazir masjid (di India), ada tak minta peruntukan daripada wakil rakyat kawasan. Dia kata tak payah kerana umat Islam dan anak-anak kariah menyumbang sebegitu besar kepada pembangunan masjid,” katanya.

 

Selain itu Azmin berkata Masjid Jama, Old Delhi India yang dilawatinya juga tidak mempunyai penyaman udara namun dipenuhi seramai 20,000 kariah untuk menunaikan solat Jumaat.

“Umat Islam di sana masih memilih masjid untuk dimakmurkan kerana bagi mereka bukan kemudahan itu diutamakan tapi prinsip ketakwaan kepada Allah diutamakan.

“Ini adalah mesej untuk negeri Selangor. Kadang-kadang belum wakil rakyat memijak masuk ke dalam masjid, surat (mohon bantuan) dah sampai.

“Tapi tidak mengapa. Itu adalah tanggungjawab saya dan negeri Selangor untuk membangunkan masjid-masjid dan surau-surau di negeri Selangor dan itulah kekuatan tamadun di negara kita,” katanya.

Azmin berkata demikian ketika merasmikan majlis Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat Dan Ramah Mesra bersama menteri besar Selangor di Masjid al-Khairiyah, Gombak, hari ini.

November ini kerajaan Selangor akan membentangkan belanjawan negeri dan Azmin berkata beliau akan memastikan sebahagian daripada peruntukan yang dikeluarkan akan dikembalikan semula kepada rakyat negeri itu.

Kerusi sama diduduki Khalid

Sementara itu Azmin mengakui, sebagai langkah berjimat cermat, sejak tiga tahun lalu beliau masih lagi duduk di atas kerusi yang sama milik Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin berkata, semua perabot yang berada di dalam pejabatnya masih sama sejak pentadbiran Khalid dan tidak ditukar dengan yang baru.

“Saya sendiri sudah tiga tahun duduk dalam pejabat menteri besar, saya tak tukar apa pun dalam pejabat saya.

“Bagaimana kerusi Tan Sri Khalid ketika itu, itulah kerusi yang saya pakai.

“Itulah meja, itulah perabot yang saya pakai kerana saya tidak ada hak untuk mendapat kekayaan yang terlalu mewah kerana ia milik rakyat bukan milik saya sebagai menteri besar,” katanya.

Sumber: MK



Sumber MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India


Demikianlah Artikel MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India

Sekianlah artikel MB nasihat masjid di Selangor tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, minta contohi masjid di India kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: