Judul : Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar
link : Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar
Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar
PETALING JAYA: Manifesto Barisan Nasional Selangor bagi pilihan raya umum ke-14 akan memberi tumpuan antara lain kepada usaha mensejahterakan masyarakat miskin bandar.Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata ini kerana masalah miskin bandar di negeri itu kurang diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri sekarang termasuk dalam aspek perumahan.
"Manifesto ini akan memberi pembelaan kepada masyarakat miskin bandar, saya kesian tengok rumah-rumah mereka ini sampai bumbung bocor, cat bangunan tumbuh kulat, paip bocor dan yang sering berlaku lif rosak, rumah pula di tingkat 10, jadi macam mana?"Yang nak jaga rakyat betul-betul adalah Barisan Nasional sahaja, kita buat kerja demi rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, di sini pada Khamis.
Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengumumkan peruntukan RM7.1 juta bagi membaik pulih empat kawasan perumahan pangsapuri kos rendah di DUN Seri Serdang.
-- BERNAMA
Sumber Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar
Demikianlah Artikel Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar
Sekianlah artikel Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.