Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah

Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah
link : Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah

Baca juga


Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah

Heroin merupakan dadah paling banyak dirampas, dengan perkhidmatan feri berulang-alik dari tanah besar ke pulau itu menjadi mod pengangkutan dadah.

dadah

LANGKAWI: Siapa sangka Langkawi yang merupakan destinasi pelancongan terkenal, namun merupakan daerah di Kedah yang mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi bagi kes penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Dr Che Ghazali Che Awang berkata, seramai 758 orang diberkas dari Januari hingga September tahun ini dengan 118 orang disyaki terlibat mengedar dadah.

Beliau berkata, siasatan terhadap 593 kes yang dicatatkan setakat ini, heroin merupakan dadah paling banyak dirampas.

Turut mengejutkan apabila perkhidmatan feri berulang-alik dari tanah besar ke pulau ini dilaporkan turut menjadi mod pengangkutan dadah.

“Kita sudah mengenal pasti feri-feri ini menjadi laluan yang sering digunakan untuk membawa masuk dadah ke Langkawi, sama ada dari Kuala Kedah, Kuala Perlis ataupun Satun (Thailand),” katanya.

Sehubungan itu, Che Ghazali berkata, polis menjalankan ujian saringan dadah dalam kalangan pekerja syarikat feri.

Beliau berkata, cadangan memasang sebuah lagi alat pengimbas dikemukakan kepada pihak pengurusan Jeti Penumpang Kuah bagi mengimbas penumpang yang baru tiba.

“Setakat ini, hanya ada sebuah alat pengimbas yang dipasang di laluan keluar pulau melalui jeti dan dengan adanya sebuah lagi alat pengimbas di laluan masuk, kita dapat membendung kemasukan bahan terlarang ini ke Langkawi,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan polis Langkawi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah menerusi program berterusan “Jihad Perangi Dadah” turut menyumbang kepada penurunan kes yang dikategorikan di bawah jenayah indeks.

“Jenayah ini termasuk mencuri, pecah rumah, menyamun dan jenayah kekerasan yang mencatatkan penurunan kira-kira 14% dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Antara Januari dan September tahun ini, sebanyak 298 kes di bawah jenayah indeks dicatatkan berbanding 342 kes yang dilaporkan (pada tempoh sama) tahun lepas,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah


Demikianlah Artikel Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah

Sekianlah artikel Langkawi catat kes dadah tertinggi di Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: