Judul : Kyrgios akur dibelasah Nadal
link : Kyrgios akur dibelasah Nadal
Kyrgios akur dibelasah Nadal
BEIJING: Nick Kyrgios yang dikenakan mata penalti berkata berkata dia dibelasah teruk Rafael Nadal untuk kejuaraan keenam pemain nombor satu dunia itu tahun ini.
Kyrgios, yang bakatnya sering dibayangi kelakuannya di atas gelanggang, tewas 6-2, 6-1 di tangan pemain Sepanyol itu pada final Terbuka China hari ini.
Berada di ranking ke-19 dunia, Kyrgios bermula garang dengan mengikat Nadal 2-2 pada set pertama, tetapi kemudian mula menunjukkan perwatakan sebenarnya.
Dia diberi amaran oleh pengadil Mohamed Lahyani kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika membantah keputusan pada permainan pertama.
Ketika terikat 2-2 dan Kyrgios ketinggalan 30-0 pada servis Nadal, pemain Australia itu mula bertengkar dengan pengadil.
REAKSI kecewa Kyrgios selepas ketinggalan 30-0 pada servis Nadal di aksi final Terbuka China. - Foto EPA
"Ia tidak adil," kata pemain 22 tahun itu yang memburu kejuaraan keempatnya. "Saya tidak tahu, saya amat kecewa.
"Jelas sekali saya tidak bertindak balas secara profesional. Sebab itu saya diberi amaran. Tetapi tidak mengapa. Dia bermain dengan baik saya bermain dengan teruk sekali."
Nadal, juara 16 kali Grand Slam, tiba di Beijing selepas memenangi gelaran Terbuka Amerika Syarikat ketiga dirinya.
- AFP
Sumber Kyrgios akur dibelasah Nadal