Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan

Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan
link : Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan

Baca juga


Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan

LASKAR Kanan TLDM didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh dua anggota pasukan itu di padang Latihan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, September lalu.

Mohd Izhrifikri Roslee, 29, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, di padang latihan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, antara 10.30 pagi hingga 3.20 petang, 29 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh Laskar Kelas 1 Muhammad Lailaltuiman Mohd Sukri, 26, di lokasi dan waktu sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Pengarah Pendakwaan Perak, Yusaini Amer Abdul Karim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Turut bersama dalam prosiding itu adalah peguam pemerhati daripada keluarga Allahyarham Muhammad Lailaltuiman iaitu Zalil Mohd Mess dan Farah Helmy.

Nur Shaqira kemudiannya menetapkan 12 Disember untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Laskar Kanan Hamzah Zakaria @ Ali, 35, pula didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kedua-dua mangsa.

Selain itu, Laskar Kanan Mohd Farid Musa, 32, didakwa atas satu pertuduhan dengan menyebabkan kecederaan kepada Nik Muhammad Baihaqy.

Hamzah didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di laluan hadapan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, pada 10.30 pagi, 29 September.

Mohd Farid pula dikatakan melakukan kesalahan itu di Pejabat Pengawal Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, pada 12.30 tengah malam, 28 September lalu.

Kedua-dua mereka yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara atau maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Nur Shaqira kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 30 Oktober ini, untuk sebutan semula kes.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan


Demikianlah Artikel Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan

Sekianlah artikel Kes TLDM: Seorang dituduh bunuh, dua sebab kecederaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :