Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh

Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh
link : Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh

Baca juga


Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh

PUTRAJAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyifatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak tahu undang-undang apabila menuding jari kepadanya berhubung isu meroboh tiga rumah dan dua rumah kedai di Subang pada Rabu lepas.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata kerja-kerja merobohkan rumah dan kedai tersebut dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

"Kalau penguat kuasa (PBT) di bawah kementerian, saya sudah telefon jangan roboh, selesai dahulu masalah rumah penghuni.

"Walaupun ada arahan dari mahkamah untuk robohkan, tetapi kita tolonglah rakyat untuk selesaikan masalah, bukannya terus roboh lepas itu baru fikir bagaimana hendak beri rumah kepada penghuni," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Badan Pengurusan Strata di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata Noh yang sepatutnya menghalang kerja-kerja merobohkan rumah dan kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu kerana tanah tersebut adalah milik kerajaan Persekutuan.

Noh berkata isu tersebut bukan soal pemilikan tanah tetapi mengenai pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja meroboh iaitu PBT.

Bagi meringankan beban 17 penghuni terbabit, katanya beliau telah memberi kelulusan segera supaya mereka dipindahkan ke rumah dan kedai baharu.

"Selasa ini (10 Okt) saya akan berikan kunci rumah dan kedai di tempat saya. Hendak harap kerajaan negeri, dia cakap saja...saya akan buat" katanya.

Noh bagaimanapun enggan mengulas mengenai rumah dan dan kedai yang bakal diberikan kepada penghuni tersebut dan akan memberitahu mengenainya semasa penyerahan kunci kelak.

-- BERNAMA



Sumber Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh


Demikianlah Artikel Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh

Sekianlah artikel Isu roboh rumah: Azmin tidak tahu undang-undang - Noh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: