Idayu juara AF Megastar

Idayu juara AF Megastar - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Idayu juara AF Megastar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Idayu juara AF Megastar
link : Idayu juara AF Megastar

Baca juga


Idayu juara AF Megastar

SHAH ALAM: Menepati ramalan ramai, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan peserta paling konsisten, Nur Farah Idayu Yaakob atau Idayu, muncul juara program realiti AF Megastar pada konsert akhir di Royal Theater Shah Alam, di sini, malam tadi.

Susulan kemenangan itu, Idayu, 32, menerima hadiah wang tunai RM100,000, trofi AF Megastar dan pakej percutian ke Turki.

Pada konsert final, semua pelajar diberikan dua tugasan, iaitu menyampaikan sebuah lagu penyanyi lain dan satu lagu baharu masing-masing.

Bagi saingan akhir, Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baharu berjudul Selamanya hasil ciptaan Amylea Azizan.

Marsha pula mempersembahkan lagu Pilihlah Aku (Krisdayanti) dan lagu baharu ciptaan Ezra Kong, Omar K dan Dilyla Khalid bertajuk Hilang.

PERSEMBAHAN Marsha pada konsert akhir AF Megastar di Royal Teater Shah Alam. - Foto Zunnur Al Shafiq

AKSI Bob pada konsert akhir AF Megastar di Royal Teater Shah Alam. - Foto Zunnur Al Shafiq

Bob pula menyampaikan  lagu baharu berjudul Terbuang Dalam Pelukan hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan Bukan Dia Tapi Aku (Judika).

Sementara itu, Syamel muncul dengan Seniman Menangis (Datuk Jamal Abdillah) dan lagu baharu ciptaanya sendiri berjudul Biar Cinta, manakala Shahir dengan lagu Mama Jangan Pergi ciptaannya bersama Awi Rafael dan Tapi Bukan Aku (Kerispatih).

Syamel tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori Ultimate Performer, yang menawarkan hadiah baucar beli-belah bernilai RM3,000 serta trofi.

Anugerah Terlajak Megastar pula dimenangi Marsha yang menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM10,000.

Gandingan Joe Flizzow dan Sonaone serta Alif Satar turut menghiburkan penonton untuk segmen selingan.

Konsert akhir AF Megastar yang mula bersiaran sejak awal September lalu, menyaksikan Datuk Aznil  bertindak sebagai pengacara.

Pengkritik pula dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri undangan iaitu Datuk Awie.



Sumber Idayu juara AF Megastar


Demikianlah Artikel Idayu juara AF Megastar

Sekianlah artikel Idayu juara AF Megastar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: