Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang

Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang
link : Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang

Baca juga


Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dirantai pada sebuah tong gas Khamis lepas perlu bertemu kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk berkongsi masalah yang dihadapi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin.

 

 

Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang

Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang

 

 

Beliau berkata perbincangan dengan kaunselor penting bagi memastikan apa juga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

“Dia boleh bertemu dengan kaunselor JKM untuk bercerita dan berkongsi apa masalah sebenar,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan barisan pegawai kanan Bernama di Wisma Bernama,di sini hari ini.

Mangsa, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, ditemukan dalam keadaan lehernya diikat pada tong gas menggunakan rantai dan kunci mangga selepas polis memecah masuk sebuah rumah di Indera Mahkota 1, Kuantan pada Jumaat.

Mangsa yang kini masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dikatakan diperlakukan begitu oleh bapa tirinya yang merupakan seorang anggota tentera kerana pulang lewat.

Media turut melaporkan, ibu kanak-kanak itu berada dalam ketakutan kerana dikecam anggota masyarakat akibat kes berkenaan sehingga enggan keluar dari rumahnya selepas dibebaskan daripada tahanan reman.

Bagi meredakan isu itu, Shahaniza turut meminta anggota masyarakat supaya tidak mengganggu keluarga berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan.

“Ini kerana kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Walaupun betul kita jumpa anak itu dirantai lehernya, tetapi biarlah mahkamah yang menentukannya nanti.

“Mungkin ibu ini dia nak keluar rumah jenguk anak-anak. Kalau kita pandang serong, kita mengecam mungkin akan mencetuskan masalah lain nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahaniza berkata lawatannya ke Bernama hari ini antara lain untuk berbincang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kerajaan negeri dan agensi berita itu.

“Kita berbincang serba sedikit tentang kerjasama yang boleh kita laksanakan untuk ‘highlight’ apa-apa aktiviti yang berkaitan supaya masyarakat dapat mengetahui lebih banyak agenda atau aktiviti kerajaan yang lebih tepat dan pantas,” katanya. — Bernama

 
Sumber: Malay Mail


Sumber Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang


Demikianlah Artikel Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang

Sekianlah artikel Henti kecam ibu budak dirantai di tong gas, saran exco Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: