Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai

Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai
link : Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai

Baca juga


Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai

Hasrat budak lelaki berusia 10 tahun, yang dirantai pada sebuah tong gas baru-baru ini, untuk bertemu bapa kandungnya tercapai pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata lelaki berusia 36 tahun itu, yang menetap di Melaka, tiba di sini lewat petang tadi untuk bertemu dengan anaknya.

Sebagai menghormati hak peribadi kedua beranak itu, beliau berkata perjumpaan mereka diadakan secara tertutup.

“Bapa kandung kanak-kanak itu kemudian menyatakan kesediaannya menjaga anaknya selepas ini. Mangsa juga menangis kerana ingin mengikut ayahnya pulang ke Melaka.

 

“Namun, saya menjelaskan bahawa perkara itu akan ditentukan oleh mahkamah selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selesai membuat laporan,” katanya di sini, Ahad.

Shahaniza memberitahu budak lelaki itu akan diletakkan di bawah jagaan JKM sehingga isu itu selesai.

Semasa melawat budak lelaki itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, Sabtu, Shahaniza berkata dia memaklumkan hasratnya untuk bertemu bapa kandungnya yang bekerja sebagai pencuci kereta di Pantai Klebang, Melaka selepas lama tidak berjumpa.

Mangsa, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, ditemui dalam keadaan lehernya diikat pada tong gas menggunakan rantai dan kunci mangga selepas polis memecah masuk sebuah rumah di Indera Mahkota 1 di sini pada Jumaat.

Mangsa dikatakan diperlakukan begitu oleh bapa tirinya yang merupakan seorang anggota tentera, kerana pulang lewat. – Bernama

Sumber: Mstar



Sumber Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai


Demikianlah Artikel Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai

Sekianlah artikel Hasrat budak dirantai pada tong gas jumpa bapa kandung tercapai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: