Judul : Bila Zamani nak nikah? kenal dah 10 tahun, katanya ada ‘perkara’ harus diselesaikan
link : Bila Zamani nak nikah? kenal dah 10 tahun, katanya ada ‘perkara’ harus diselesaikan
Bila Zamani nak nikah? kenal dah 10 tahun, katanya ada ‘perkara’ harus diselesaikan
Hati Cik Pang melonjak gembira apabila mendengar cerita yang penyanyi malar segar, Zamani sudah punya buah hati.
Maklumlah sudah lama hidup sendiri dan akhirnya penyanyi utama kumpulan Slam itu dikhabarkan sudah menemui wanita yang mampu menerima dirinya seadanya.
Cik Pang tahu mengenai perkara ini apabila teman-teman berkongsi gambar Zamani yang hadir ke majlis pernikahan anak pengurusnya dengan ditemani seorang wanita.
Menurut teman yang rapat dengan Zamani, itulah wanita yang berjaya memenangi hatinya dan sebenarnya sudah lama juga mereka berkawan.
Cik Pang tanya juga, lama macam mana tu? Cerita teman itu lagi, mereka mengenai antara satu sama lain hampir 10 tahun.
Pada awalnya mereka hanya kenalan biasa dan akhirnya apabila sudah lama berkawan keakraban antara Zamani dan wanita terbabit membuahkan rasa cinta antara mereka.
Cik Pang katakan kepada teman yang menyampaikan cerita ini, sudah lama juga Zamani berkawan dengan wanita yang berjaya memenangi hatinya itu. Sudah pasti mereka sudah cukup kenal.
Untuk mencari keserasian antara mereka, rasanya tidak perlu kerana masing-masing sudah cukup mengenali antara satu sama lain. Jadi mengapa harus tunggu lagi, kenapa tidak bernikah saja.
Kata teman ini, bukan mereka tidak mahu bernikah tetapi ada beberapa perkara yang harus diselesaikan terlebih dulu antara mereka.
Bagaimanapun, teman itu tidak mahu berkongsi mengenai ‘perkara’ yang mahu diselesaikan dan Cik Pang pun takut hendak bertanya lanjut.
Biarlah Zamani dan temannya saja tahu. Cuma Cik Pang mengharapkan agar kali ini jodoh penyanyi utama kumpulan Slam itu sudah sampai dan wanita yang berjaya memenangi hatinya bakal menjadi suri hidup.
Apapun Cik Pang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Zamani dan rasanya peminat setia penyanyi bersuara lunak itu juga mengharapkan perkara sama. Tak mengapalah, biarlah kita sama-sama berdoa agar jodoh mereka sampai.
Lama sangat Zamani membujang. Kalau sudah bernikah nanti sekurang-kurangnya ada orang yang dapat menjaga Zamani. Tak gitu?
Sumber: Harian Metro
Sumber Bila Zamani nak nikah? kenal dah 10 tahun, katanya ada ‘perkara’ harus diselesaikan