Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok

Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok
link : Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok

Baca juga


Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok

BATU PAHAT, JOHOR - Seorang bayi berusia sembilan bulan menderita akibat kerosakan paru-parunya selain terpaksa dikuarantin di rumahnya sehingga berusia empat tahun akibat asap rokok, lapor Berita Harian. 
Nur Raisha Aufa Mohd Najib, disahkan oleh pakar menghidap jangkitan kuman di paru-paru dan darah, juga diarahkan oleh doktor untuk tidak berada di luar rumah mahupun di kawasan orang ramai kerana paru-parunya yang lemah dan terdedah pada jangkitan. 
Ibunya, Nur Farahani Hamdan, 25, berkata, anaknya sudah dua kali dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat akibat sesak nafas. 
Menurutn Nur Farahani, anaknya mula mengalami masalah pernafasan sejak Aidilfitri lalu selepas diserang demam panas dan selsema sehingga menyebabkan dia dibawa ke HSNI untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. 
"Keadaan Asha ketika itu sangat kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU selama dua minggu kerana paru-parunya dikesan oleh doktor berada dalam keadaan sangat lemah. Alhamdullilah Asha pulih selepas dirawat di ICU.
"Namun Ogos lalu, keadaan Asha kembali buruk selepas demam dan selsema sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HSNI selama seminggu dan pelbagai ujian dilakukan bagi mengesan keadaan paru-parunya yang lemah akibat jangkitan, malah pakar turut mengesan jangkitan kuman pada darahnya.
"Selepas menjalani pelbagai ujian termasuk analisis darahnya, pakar menyatakan punca paru-paru Asha lemah dan sering terkena jangkitan kuman sehingga tidak boleh bernafas adalah disebabkan asap rokok sehingga doktor mengeluarkan arahan supaya tidak lagi dibawa keluar rumah dan di tempat orang ramai sehingga usianya mencecah empat tahun.
"Pakar turut mengarahkan kami mengambil empat vaksin khas untuk paru-paru, batuk, demam dan selsema Asha di hospital swasta kerana tidak mempunyai bekalan vaksin berkenaan. Namun kami tidak mampu kerana suami hanya bekerja sebagai Pekerja Am dan saya tidak bekerja," katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.
Nur Farahani berkata, bulan November anaknya juga perlu menjalani ujian darah semula bagi memastikan keadaan kesihatan bayinya itu stabil berikutan dibimbangi akan dijangkiti kuman lagi selepas ini. 
Katanya, jika bayinya dijangkiti kuman lagi selepas ini, doktor memutuskan untuk menebuk paru-paru Asha dan bayinya itu perlu bergantung kepada alat pernafasan khas bagi memastikan organ pernafasannya stabil.


Sumber Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok


Demikianlah Artikel Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok

Sekianlah artikel Bayi 9 bulan derita jangkitan kuman di paru-paru dan darah kerana asap rokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: