6 remaja lari daripada polis

6 remaja lari daripada polis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 6 remaja lari daripada polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6 remaja lari daripada polis
link : 6 remaja lari daripada polis

Baca juga


6 remaja lari daripada polis

PASIR GUDANG: Enam remaja bertindak memecut kereta dipandu mereka bagi mengelak ditahan polis sehingga merempuh sebuah motosikal sebelum terbabas, dalam di Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berpunca gara-gara seorang daripada kumpulan remaja, yang juga pemandu PROTON Wira itu tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata kejadian berlaku pada jam 3.15 petang, ketika dua anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) sedang melakukan rondaan di kawasan Pasir Gudang

Beliau berkata, anggota ternampak sebuah kereta bercermin gelap dan dalam keadaan yang mencurigakan ketika melalui Jalan Besar Taman Cendana, di sini. 

Gambar tular di media sosial menyiarkan enam remaja ditahan polis kerana bertindak memecut kereta dipandu mereka bagi mengelak ditahan polis sehingga merempuh sebuah motosikal sebelum terbabas dalam kejadian di Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat di Pasir Gudang. - Foto ihsan Pembaca

Katanya, polis menghampiri kereta itu dan mengarahkan supaya berhenti, namun pemandunya bertindak memecut.

"Setibanya di Jalan Gangsa 1, kereta itu melanggar sebuah motosikal, tetapi mereka tetap tidak berhenti.

"Apabila melalui Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat, kereta itu terbabas dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan awal, polis mendapati kereta dinaiki oleh enam remaja lelaki berusia antara 13 tahun dan 18 tahun.

"Mereka ditahan dan hasil siasatan awal polis mendapati kejadian ini berpunca daripada pemandu kereta berkenaan yang tidak mempunyai lesen memandu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jokhiri berkata, pihaknya meneruskan siasatan bagi mengenal pasti jika terdapat punca lain yang masih disembunyikan semua suspek sehingga mereka cuba melarikan diri daripada polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu dengan melulu dan berbahaya).

"Polis Seri Alam mengesahkan kejadian ini, yang turut viral di media sosial," katanya.



Sumber 6 remaja lari daripada polis


Demikianlah Artikel 6 remaja lari daripada polis

Sekianlah artikel 6 remaja lari daripada polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: