4 sekeluarga dijumpai mati

4 sekeluarga dijumpai mati - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 4 sekeluarga dijumpai mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 sekeluarga dijumpai mati
link : 4 sekeluarga dijumpai mati

Baca juga


4 sekeluarga dijumpai mati

JOHOR BAHRU: Empat sekeluarga dijumpai mati di kediaman mereka di Rini Residence, Mutiara Rini, di sini, pada Jumaat.

Mereka yang mati ialah suami R.Pubalan, 52 tahun; isterinya P.Jeya, 46; dan anak lelaki P.Sharveen, 14; serta anak perempuan P.Krishna, 9.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata Pubalan ditemukan mati tergantung dengan kain putih di siling bilik tingkat atas rumah berkenaan.

Dua anaknya pula ditemukan bersama di dalam sebuah bilik lain dengan kesan jerutan.

Noor Hisham berkata isteri Pubalan yang dipercayai sakit dan menjalani rawatan hemodialisis pula ditemukan mati di atas katil di ruang tamu.

Katanya lagi, polis menerima laporan kejadian pada 2.30 petang daripada seorang lelaki dipercayai rakan Pubalan yang berkunjung ke rumah tersebut.

Rakan mangsa memasuki rumah itu selepas terlihat nota bertulis bahawa pintu tidak berkunci yang diletakkan di hadapan cermin kereta.

Siasatan polis turut menjumpai nota wasiat di atas meja solek di bilik Pubalan ditemukan mati tergantung.

Noor Hisham berkata polis tidak menjumpai alat yang digunakan untuk membunuh kedua-dua anaknya.

Menurutnya, polis percaya kes itu tidak melibatkan orang luar dan dipercayai Pubalan telah membunuh kedua-dua anaknya berdasarkan kesan jerutan sebelum membunuh diri.

Siasatan masih diteruskan dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

Kes Pubalan disiasat sebagai mati mengejut, manakala kematian isteri dan dua anaknya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Sumber 4 sekeluarga dijumpai mati


Demikianlah Artikel 4 sekeluarga dijumpai mati

Sekianlah artikel 4 sekeluarga dijumpai mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: