Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan

Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan
link : Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan

Baca juga


Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan

Seorang penjaga pusat kebajikan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun.

Khairulbariah Mian, 30, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Khairulbariah didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan Zahari Alwi, 56, terhadap dua kanak-kanak yang ketika kejadian berusia 10 dan 11 tahun untuk mencabul kehormatan mangsa, di mana kesalahan itu adalah hasil persubahatannya dengan Zahari.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu dua buah rumah di Taman Keramat dan Taman Seri Keramat, di sini, antara Disember 2015 dan 2016.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 354 kanun sama (akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak, menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Illy Nadiah Yusof, memohon ikat jamin dikurangkan dengan alasan ini adalah kesalahan pertamanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan menetapkan 21 Mac ini untuk sebutan semula kes.

 

Sumber: BH Online



Sumber Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan


Demikianlah Artikel Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan

Sekianlah artikel Wanita didakwa subahat dengan suami cabul 2 kanak-kanak perempuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: