Judul : Video: Sweetnya Yuna dan Adam menari penuh romantis di majlis resepsi mereka!
link : Video: Sweetnya Yuna dan Adam menari penuh romantis di majlis resepsi mereka!
Video: Sweetnya Yuna dan Adam menari penuh romantis di majlis resepsi mereka!
MAJLIS perkahwinan antara penyanyi Yuna dan pasangannya, Adam Sinclair pada Jumaat lalu nampaknya masih meninggalkan kesan terhadap para peminatnya.
Setiap tanda pagar dan kiriman status atau gambar yang berkaitan dengan majlis tersebut di sosial media pasti menerima jumlah ‘likes’ dan tontonan yang tinggi.
Ramai yang mahu ‘melihat’ sendiri keindahan dekorasi majlis mereka yang bertemakan taman hutan tropika itu; ‘terasa’ sungguh kemeriahannya meskipun sekadar menonton dari skrin telefon pintar!
Namun, video yang paling menarik perhatian sudah tentunya tarian pertama pasangan ini sebagai suami isteri.
Semasa acara memotong kek, ahli keluarga dan sahabat handai mereka berdua mengelilingi pasangan ini untuk bergambar dan bergurau senda.
Selesai sahaja memotong kek, tiba-tiba sebuah lagu berbahasa Inggeris berjudul Wonderful Tonight nyanyian asal Eric Clapton berkumandang dan pasangan merpati dua sejoli ini terus menari tarian yang romantik, sambil merangkul erat pinggang masing-masing.
Yuna dan Adam yang sebelum ini tidak pernah menunjukkan kemesraan mereka di khalayak ramai, menerima sorakan dan tepukan yang gemuruh kerana kedua-duanya kelihatan saling memandang mata saTu sama lain dengan penuh rasa cinta.
Bersemut skrin laptop kami menontonnya, tau! So sweet!
Yuna, selamat bergelar isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, pada jam 7 malam kelmarin (Jumaat).
Pasangan pengantin baharu tersebut dinikahkan oleh Ustaz Azmi Noh dari Jabatan Agama Islam Pahang berwalikan bapa Yuna sendiri, Datuk Mat Zara’ai Alias, pada majlis berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri 300 jemputan itu, pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Za ra’ai, 31, membalas dengan sembilan dulang.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Video: Sweetnya Yuna dan Adam menari penuh romantis di majlis resepsi mereka!